CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Misteri Pembunuhan Tupac Shakur Temui Petunjuk Baharu

23-7-2023 04:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2402| Komen: 12

Seorang lelaki tampil mendakwa dirinya sebagai salah seorang saksi kepada insiden pembunuhan rapper terkenal, Tupac Shakur yang ditembak mati, 27 tahun yang lalu. 

Lapor Abc News, individu yang dikenali sebagai Duane Keith Davis itu mengaku dirinya antara yang menyaksikan kejadian tembakan itu secara depan mata. 


Susulan pengakuan itu, polis Las Vegas mengeluarkan waran untuk menggeledah kediaman Duane berlokasi di Henderson, Nevada bagi menyiasat lelaki berusia 60 tahun itu. 


Menurut polis, operasi tersebut adalah sebahagian daripada kerja siasatan yang masih berjalan sehingga hari ini.

Artikel beberapa majalah, termasuk majalah Vibe antara yang dirampas pihak berkuasa. Turut diambil adalah komputer, telefon bimbit, pemacu keras (hard drive), dan beberapa keping gambar. 

Kesemuanya telah diserahkan kepada jemaah juri. Polis bagaimanapun tidak mengesahkan sebarang kaitan hasil rampasan tersebut dengan insiden pembunuhan itu. 


Polis percaya pembunuh terbabit telah meninggal dunia. Namun, siasatan terkini berkemungkinan dapat mendedahkan identiti individu yang bersama pembunuh ketika melakukan tembakan tersebut. 

Lebih dua dekad lalu, Tupac, yang menghadiri sebuah perlawanan tinju ketika kejadian, terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan individu tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Cadillac putih. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hit Em Up itu meninggal dunia selepas enam hari terlantar di hospital. Tiada tangkapan dibuat sehingga kini. 

Beberapa bulan selepas insiden berkenaan, penyanyi rap, Christopher Wallace atau Notorious B.I.G pula ditembak mati di Los Angeles. Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Tupac. 

Kes siasatan pembunuhan Tupac menemui petunjuk baharu selepas dokumentari Unsolved: The Tupac and Biggie Murders ditayangkan di Netflix pada 2018, selain buku Compton Street Legend dicetak pada 2019.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 24-7-2023 08:20 AM
Edited by lasagna at 24-7-2023 10:57 AM

lahhhh.. dah lama mati kot ada plak muncul saksi..
mayat pun dah mereput dlm kubur.

tapi betul gak, kes ni diantara top 10 unsloved crime kat US..
Quote KamikuP 24-7-2023 11:38 AM
Masa tu takde cctv hatta dash cam khuenzz..
Quote makita 24-7-2023 05:10 PM
lasagna replied at 24-7-2023 08:20 AM
lahhhh.. dah lama mati kot ada plak muncul saksi..
mayat pun dah mereput dlm kubur.


Eh bukan ke kalau letak formalin myat tak reput2 siap dgn baju segak2 yg dipakaikan msa majlis pengkebumian?
Quote CiliPadiSedap 24-7-2023 05:47 PM
KamikuP replied at 24-7-2023 11:38 AM
Masa tu takde cctv hatta dash cam khuenzz..

bukan america dh ada haarp dan pelawak singapore ?
Quote lasagna 25-7-2023 08:37 AM
makita replied at 24-7-2023 05:10 PM
Eh bukan ke kalau letak formalin myat tak reput2 siap dgn baju segak2 yg dipakaikan msa majlis pen ...

kalau mereka letak laa.. tapi berapa lama jer formalin boleh bertahan utk dead body? bukan boleh bertahan pun puluh tahun pun chuols..


Quote lasagna 25-7-2023 08:41 AM
KamikuP replied at 24-7-2023 11:38 AM
Masa tu takde cctv hatta dash cam khuenzz..

ehh ada dah chuols cctv kat amerika tu (kecuali dash cam laa), cuma keadaan trlalu gelap n pantas, masa tupac dlm hospital trsedar polis tya dia dia nmpk tak siap yg tembak dia? bleh plak tupac kata f*uck you kat polis tu, so rsenya dia tau sape nk tembak, cuma dia tak nk bg tau, pastu mati gak tupac. tak smp beberapa bulan B.I.G plak mati juga, tu yg kes dia org ni related (rasenya ni keje gangster).
Quote Page88 21-8-2023 12:22 AM
Somehow I feel like this is some hoax.
Quote jarikuku 21-8-2023 01:12 PM
Dah bertahun tahun kes ni
Entah la ade yang ckp Tupac ni masih hidup siap nmpk kat Malaysia lagi

Quote beni_nikaido 27-3-2024 02:25 PM
apesal netizen US kata P. Diddy terlibat dengan pembunuhan Tupac dan BIG ni?
Quote che_yatt 31-3-2024 07:20 AM
beni_nikaido replied at 27-3-2024 02:25 PM
apesal netizen US kata P. Diddy terlibat dengan pembunuhan Tupac dan BIG ni?

kan... meolls pun ada baca geng bawang omputeh kata diddy ada kaitan dengan pembunuhan tupac
Quote alesandra 31-3-2024 12:15 PM
lasagna replied at 25-7-2023 08:41 AM
ehh ada dah chuols cctv kat amerika tu (kecuali dash cam laa), cuma keadaan trlalu gelap n pantas,  ...

tak terkejut pun tupac ckp mcm tu.LAPD yg korup  mmg terlibat pun dgn east coast west coast rivalry ni uols.haritu ada tgk city of lies lakonan abam joni baru paham sikit psl beef deyols ni
Quote lasagna 1-4-2024 08:10 AM
alesandra replied at 31-3-2024 12:15 PM
tak terkejut pun tupac ckp mcm tu.LAPD yg korup  mmg terlibat pun dgn east coast west coast rivalr ...

ohh nti laa, nk jugak tgk cite city of lies tu..
macihh inform.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.149809 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top