Tawau: Pencarian seorang nelayan warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, di sini, Rabu lalu, berakhir dengan penemuan mayat lelaki itu di dalam perut seekor buaya hari ini.
Buaya seberat lebih 800 kilogram (kg) berukuran empat meter panjang itu dipercayai membaham mangsa berjaya dikesan anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) yang turut menyertai operasi pencarian, sebelum menembak mati reptilia berkenaan kira-kira jam 3 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata anggota JHL kemudiannya membelah perut buaya itu dan menemui anggota badan manusia dipercayai mangsa. "Seterusnya proses pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa, Addi Bangsa, 60, dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika hendak turun ke bot untuk menangkap ikan kira-kira jam 4 pagi. Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan kira-kira jam 1 pagi. Sumber: BH Online |
nono86 replied at 23-7-2023 11:52 PM
Macam mana ye dorang tau buaya sekian2 yang terlibat..
nono86 replied at 23-7-2023 11:52 PM
Macam mana ye dorang tau buaya sekian2 yang terlibat..
nono86 replied at 23-7-2023 11:52 PM
Macam mana ye dorang tau buaya sekian2 yang terlibat..
B40tastePosh replied at 24-7-2023 09:54 AM
Sebab dia kenyang dan melepak ditebing.
ADVERTISEMENT