CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chiwan Juara Mic On, Mahu Kahwin Tahun Ini, Wang Kemenangan Buat Beli Rumah & Kereta

23-7-2023 03:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3611| Komen: 38

Pelakon dan pelawak Chiwan sudah bersedia untuk bergelar suami kepada wanita pilihan yanng berjaya menambat hatinya iaitu Cinta Aiyuni.

Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 34, berkata, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Ogos ini namun perancangan itu terpaksa ditunda susulan komitmen terhadap kerja.



Bagaimanapun kata juara program Mic On Selebriti 2023 ini, dia tetap akan memperisterikan Cinta pada tahun ini juga.

"Menang atau tidak, saya memang akan kahwin tahun ini juga. Sepatutnya kami disatukan pada Ogos ini tapi terpaksa ditangguhkan.

"Alhamdulillah dengan kemenangan dan ganjaran yang diterima dapatlah kami buat majlis lebih sempurna, ajak lebih tetamu," katanya kepada mStar.

Chiwan berkongsi perkara itu sebaik selesai program realiti Mic On Selebriti 2023 Finale yang berlangsung di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada malam Sabtu.


Kemenangan itu turut melayakkan Chiwan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.


Dalam pada itu, Chiwan berkata, dia tidak merancang untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana mahu mengelak berdepan ujian sepanjang tempoh 'darah manis'.

Sebaliknya, mereka bercadang untuk bertunang pada hari pernikahan malah perkara itu turut dipersetujui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Insya Allah (bertunang) akan buat serentak pada hari pernikahan sebab nak mengelak ujian-ujian tidak diingini.

"Alhamdulillah saya sudah bertemu ibu bapa Cinta malah rapat dengan mereka. Keluarganya juga banyak membantu saya sepanjang bertanding dalam Mic On Selebriti 2023," jelasnya.

Berkongsi perancangan wang kemenangannya, Chiwan memberitahu dia akan menggunakannya untuk membeli sebuah rumah selain kenderaan.

Malah menjadi hasratnya untuk membantu rakan-rakan sekeliling sekiranya ada yang memerlukan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-7-2023 03:52 PM
sampai 250k hadiah untuk rancangan tah pape gini dengan nyanyian masing2 serhoperr mesin tebu dan mesin rumput rosak...

harap2 dapat lah yer hadiah tu... itu je yang kaka risau...

hujung2 hanya mampu berserah kepada ilahi sambil terkumat kamit baca mentera kat belakang sebab payment tak dapat...

Quote cicicumel 23-7-2023 03:58 PM
Hebat penaja rancangan bwh Astro.. Atau sekadar gimik je? Sementara ABP yg berprestij katanya hanya mampu menaja umrah ke buat Binatang Plg Pop? Mcm x kena je. Umrah tu suppose to be hadiah sampingan je unless la ko masuk rancangan keagamaan. Ke sebab penaja utama tu? Hahaha
Quote anilanil 23-7-2023 04:17 PM
Cian pulak ngenang retis yg menang ABP dpt goodies bag kenduri nasi budget RM5/pax.
Quote MistrezHermanaz 23-7-2023 06:17 PM
cicicumel replied at 23-7-2023 03:58 PM
Hebat penaja rancangan bwh Astro.. Atau sekadar gimik je? Sementara ABP yg berprestij katanya hanya  ...

Bkn bawah Astro sis.. Bwh awesome tv.. Xtau la brp lama tu dpt langsai abes 250k
Quote kerani_je 23-7-2023 06:41 PM
Jadi jgk ye die kawin perempuan ni..Klau ikut video viral die dekat genting dulu dgn perempuan ni la..Berangkut berdukung pegang kangkang perempuan berpeluk cium ghisau nengok nye..Tgk gaya pun mmg dah lunyai pun diorg ni..ingat dah lama nikah nya,  rupanye kawin saje x nikah2..Perempuan ni rajin dulu buat tiktok sangap2 diorg berdua..Nasib masa tu chiwan x femes,  netizen who are yus kn sajo la..
Quote sukacactus 23-7-2023 07:24 PM
Chiwan & Cinta
Bagus la dah nak kawin
Quote jihah_kudat 23-7-2023 07:27 PM
kerani_je replied at 23-7-2023 10:41 AM
Jadi jgk ye die kawin perempuan ni..Klau ikut video viral die dekat genting dulu dgn perempuan ni la ...

sepantas kilat aku cari tiktok dia nak tengok video..
yela sebaik sendu orang tak heran sangat kalau tak mau kene cerca 7 keturunan..aku ingat chiwan ni dah kawen
Quote smeetasmitten 23-7-2023 07:39 PM
Cinta ni anak leezaramzi rupanya. Mak dia selalu buat video masak2
Quote kerani_je 23-7-2023 07:44 PM
jihah_kudat replied at 23-7-2023 07:27 PM
sepantas kilat aku cari tiktok dia nak tengok video..
yela sebaik sendu orang tak heran sangat kal ...

Tiktok gf die : chi&cin

Tapi dah xde dah video berpeluk n berangkut dari blakang diorg. Dah delete kot sejak chiwan femes sikit ni. Klau x mesti kena kecam. Gf nye pun seksi lahai x padan dgn pelakon extra..
Quote jihah_kudat 23-7-2023 07:57 PM
kerani_je replied at 23-7-2023 11:44 AM
Tiktok gf die : chi&cin

Tapi dah xde dah video berpeluk n berangkut dari blakang diorg. Dah delet ...

aku baru tengok ada lagi videonye..tapi komen dah off..
Quote kerani_je 23-7-2023 07:59 PM
jihah_kudat replied at 23-7-2023 07:57 PM
aku baru tengok ada lagi videonye..tapi komen dah off..

Ooh ada lagi..kih kih..berani die ye x delete..????
Quote doubleA 23-7-2023 08:10 PM
kerani_je replied at 23-7-2023 07:59 PM
Ooh ada lagi..kih kih..berani die ye x delete..????

Nampak sangap nau berdukung muka di ketet tu dah kenapa. Iols tak kenal 2 makhluk ni tapi dah ada duit tu nikah jela cepat2
Quote kerani_je 23-7-2023 08:14 PM
doubleA replied at 23-7-2023 08:10 PM
Nampak sangap nau berdukung muka di ketet tu dah kenapa. Iols tak kenal 2 makhluk ni tapi dah ada  ...

Dah menang 250k ni baru nk nikah..Dah selama ni berpeluk berdukung mengalahkn laki bini x mau pun nikah..Chiwan ni byk jgk job die pelawak astro n host dekat tv awesome rancangan masak2..Perempuan ni pon ada ke berlakon extra xtau knp x mau nikah..

Quote makcik_d 23-7-2023 08:28 PM
Besau hadiah. Tapi hajat dia nak beli rumah & kereta tu, memang tak cukup la 250k. kalo nak kereta bese bese & rumah low cost ok kot.
Quote Aneem 23-7-2023 08:47 PM
kerani_je replied at 23-7-2023 07:44 PM
Tiktok gf die : chi&cin

Tapi dah xde dah video berpeluk n berangkut dari blakang diorg. Dah delet ...

Nnti forumer naikkan balik.
Tu pun kalau dua ketul ni relevan la utk dibincangkan.
Quote slyfynx 23-7-2023 08:56 PM
Padan le bersungguh2 semua nk jadi "retis"
Hadiah beratus ribu.
Ce jadi cikgu tadika.
Nk dpt nilai tu dalam 5 tahun pun lom tentu.
Quote doubleA 23-7-2023 09:16 PM
kerani_je replied at 23-7-2023 08:14 PM
Dah menang 250k ni baru nk nikah..Dah selama ni berpeluk berdukung mengalahkn laki bini x mau pun  ...

Yg harom tu sedap, kalau boleh gesel free nikoh kemudian la kot. Takpun tak sedia nak komitmen lagi
Quote Komenga 23-7-2023 09:26 PM
Kenapa besar sgt cita2 dia nak buat mcm2 dengan duit kemenangan tu. Siap nak tolong kwn2 yg memerlukan. I pulak yg risau. Jumlah duit tu memang nampak besar  tapi mcm tak logik pulak dgn niat dia yg mcm2 tu. Dah la dari awesome tv. Bukan dah byk kes tak bayar ke awesome tv ni.
Quote Komenga 23-7-2023 09:29 PM
kerani_je replied at 23-7-2023 07:44 PM
Tiktok gf die : chi&cin

Tapi dah xde dah video berpeluk n berangkut dari blakang diorg. Dah delet ...

Minah ni memang seksi kan dari dulu. Tapi tak sangka dua ketul ni daring nak up video berpeluk bercium pipi sampai mcm tu ye. Mujur dua dua pun retis sendu je so orang tak pedulik.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048283 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top