Belum rasmi bercerai dengan suaminya iaitu penyanyi Virgoun, sudah ada jejaka yang ingin mencuba nasib untuk menjadi raja di hati Inara Rusli. Media hiburan Indonesia melaporkan, Inara menerima jambangan bunga daripada seorang peguam kacak bernama Joseph sebagai langkah awal untuk ‘bertaaruf’.
Inara yang menerima jambangan bunga tersebut dengan senyuman manis dirakam seorang individu sebelum dimuat naik ke TikTok. Perkara itu seolah-olah mendapat persetujuan ramai apabila rata-rata warganet mendoakan kedua-duanya disatukan segera.
Terdahulu, Virgoun yang terkenal dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla dilaporkan berlaku curang selain pernah meminta isterinya itu melakukan hubungan seksual secara luar tabii. Sumber: BeautifulNara
|
ADVERTISEMENT