Perlawanan Liga M4 antara Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) FC dan Mahsa City FC yang berlangsung di Padang Merdeka, Port Dickson pada petang Sabtu bertukar hangat. Difahamkan berlaku perang mulut antara pemain sehingga konflik tercetus dan tular di media sosial.
Berdasarkan klip pendek itu, dua pemain MPPD FC yang dilihat mengenakan jersi serba hitam, giat mengejar seorang pemain lawan ketika perlawanan. Malah, usaha untuk melerai pergaduhan itu tidak berjaya sehingga memaksa kakitangan kedua-dua pasukan masuk campur. Ketegangan terbabit tidak terhenti di situ apabila kekecohan berterusan sehingga seorang pemain Mahsa City FC terbaring dikerumuni beberapa lain.
|
ADVERTISEMENT