CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kecoh Di TikTok Kata Fasal Isteri Saya" - Beto Gembira Belum Ada Rezeki Zuriat

23-7-2023 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4896| Komen: 71

“Kecoh dekat TikTok fasal keadaan isteri saya."

Pelakon berbakat besar Beto Kusyairy mengulas mengenai penampilan isterinya di malam kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) baru-baru ini yang didakwa kelihatan seakan-akan menampakkan ‘baby bump’.



IG

Menerusi siaran langsung di TikTok pada Sabtu, Beto bagaimanapun menjelaskan dia dan isterinya masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata seperti didakwa netizen.

"Ada yang kata nampak baby bump la, pregnant. Saya nak jelaskan dekat sini… tak, isteri saya tak mengandung, tak pregnant.

“Gambar yang diambil itu mungkin disebabkan angle. Saya nak jelaskan dekat sini, saya dan isteri tidak menantikan cahaya mata. Belum ada rezeki,” jelas Beto.


IG


Pemenang anugerah Aktor Filem Popular itu turut memberitahu biarpun belum ada rezeki zuriat, namun ia tidak memberi tekanan atau gangguan kepada kehidupan mereka.

“Kami okay, tak ada masalah. Satu benda yang bukan menganggu atau buat kami stres bila tak ada zuriat ini. Cukup setakat itu, kami gembira. Kalau ada rezeki, amin Alhamdulillah.

“Setakat ini tak ada, dan isteri saya tak mengandung,” ujarnya lagi.



Spekulasi mengenai perkara itu mula timbul apabila tular video memperlihatkan Beto dikatakan mengusap perut isterinya sebaik saja diumumkan pemenang kategori Aktor Filem Popular.




Untuk info, Beto mendirikan rumah tangga dengan isterinya, isteri, Tisha Shahar sejak 14 tahun lalu.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 23-7-2023 02:11 PM
Kecoh perut bini orang dah kenapo.. acik acik dah upgrade jadi tiktoker pun masih dok bz body kehidupan manusia lain.
Quote Kampungpeoplesz 23-7-2023 02:25 PM
Benda sensitif kot netz ni takde keje ke nk skodeng..byk lg boleh buat story, psl perut org jugak korang nak sebok
Quote dudaberhias 23-7-2023 02:42 PM
heols heavy smoker kot... mungkin tu la punca payah nak lekat...

tapi biar lah... asalkan rumah tangga bahagia cukup...

nak jadi ibu bapa tak semestinya kena lahirkan anak... ambik anak angkat pun boleh jadikan kita ibu bapa...

Quote stingerpressor 23-7-2023 02:46 PM
@faraway1 tersenyum kerang
Quote exclusive_vvip 23-7-2023 02:59 PM
pasangan xde anak ni biasanya ok je,hepi2 gitu..tapi memember @ org lain yg tgk yg sibuk dok risau x tentu hala..padahal yg ada anak cukup lelaki pompuan tu tak sedar ntah somi @ bini dok berskandal kat belakang..
Quote ladybugz 23-7-2023 03:13 PM
just shut up netizen. mind ur own perut n ur own bizniz. ish x paham la
Quote menjad 23-7-2023 03:42 PM
Hoiiiii netizen jangan heboh pasal kurniaan anak kat pasangan yang dah bertahun tunggu. Jauh disudut hati mesti sedih tapi korang pulak tak segan silu up benda yg tak betul semata2 nak fyp. Bodoh mangkuk ayun punya tiktoker
Quote Sekaisilver 23-7-2023 04:39 PM
Semoga pasangan ini diberi kebahagian, seumur hidup .
Quote jihyomelly 23-7-2023 04:47 PM
haiyoooo jaga lah perut memasing xyah sibuk tgk perut org lain..kaypo sungguh!!
Quote Manusiabesa 23-7-2023 04:51 PM
Pkir logik la nk jd mkck bwg pun.klw wife baru lekat bawah 3bulan,ttc dh berbelas thun...xde nye beto nk bawa wife p abpbh.sure bed rest kt rumah smpai pregnancy cecah 5,6bulan. Nk kepoci pon otak lupa guna. Lntak la org childless ke anak 10 ke. Nk kepoh2 apa la mnfaat. Mlysian ni mmg caring trlebih.
Quote pocongkiutss 23-7-2023 05:14 PM
Astaga.. sibuknya belek perut orang
Quote pocongkiutss 23-7-2023 05:15 PM
exclusive_vvip replied at 23-7-2023 02:59 PM
pasangan xde anak ni biasanya ok je,hepi2 gitu..tapi memember @ org lain yg tgk yg sibuk dok risau x ...

Betul yach
Quote aldinaa 23-7-2023 05:34 PM
memang gitu.. yang dah ada anak satu pun sibuk kena soal bila nak mengandung nombo dua..  biar la rahim dia perut dia. sesetengah yang tak ada rahim pun sama naik dgn acik2 tu semua. sibukkan orang mengandung ke belum. loser
Quote lattehazelnut 23-7-2023 05:41 PM
Sape lah yang rajin teliti perut bini org..
Perut sendiri buncit mcm mengandung 8 bulan siap ade stretch mark xsedar pulak…
Quote imanjannah 23-7-2023 07:10 PM
akhirat kelak tak akan ditanya tanggungjawab sebagai ibu bapa
Quote Rogue98 23-7-2023 07:24 PM
Umur dah 43 tahun...semoga adalah rezeki anak.
Quote Lampuled 23-7-2023 07:24 PM
Nk buat cmne dh belum dtg rezeki tu. Bukannya saja2 dia tak nak anak.
Dr pakar ckp selagi  ada rahim dan belum monopos ada je peluang.
Quote EncikRhoma 23-7-2023 07:55 PM
Gigihnya nak teka orang tu mengandung ke tak. Hanjing sangat perangai tu. Kalau orang tu tak bgtau, tak payah la teka2. Kau teka mak kau mengandung je la
Quote Madel 23-7-2023 10:51 PM
Beto ni berlakon best., mmg dah terbukti berbakat
Tapi
dia ada vibe yg aku kureng suka., sesetengah ayat yg kluat dari mulut dia kdg bernada menyindir, sinis n humblebrag.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035925 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top