Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) boleh menawan lima negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Bagaimanapun, Pengerusi PH itu berkata, ia hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya semua pihak dan jentera memberi tumpuan dan fokus sepanjang kempen PRN berlangsung.
"Saya nak beritahu daripada laporan yang saya dapat setakat ini, tiga negeri kukuh untuk kita pertahankan. Dan bulan lalu saya (kata) satu negeri kita boleh tambah. "Sekarang dua (lagi) negeri kita boleh tawan dengan syarat (memberi) tumpuan dan perhatian dalam kempen ini," katanya pada Majlis Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Padang Awam MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu. Mengenai senarai calon, Anwar berkata beliau ada melakukan ubah suai melibatkan satu atau dua kerusi pada PRN kali ini.
Mengulas mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Anwar memberitahu berlaku pertukaran saat akhir melibatkan kerusi DUN itu dengan Batu Tiga. "Kadang-kadang keputusan bukan kita setuju semua tetapi keadaan buntu... Kita terpaksa ada sedikit kesediaan untuk tolak ansur jadi sebab itu kita tukar. Kita ambil (DUN) Hulu Kelang dan menyerahkan (kerusi DUN) Batu Tiga. "Bagimanapun kita ada kebijaksanaan kerana kita meletakkan calon di Hulu Kelang seorang tokoh berani lawan iaitu saudari Juwairiya Zulkifli," katanya. Sumber: AWANI
|
OshinDaSolja replied at 23-7-2023 02:21 PM
Penang dan Selangor mungkin ada chance nk menang puak madani ni sebab totok mereka rmai di situ...
t ...
OshinDaSolja replied at 23-7-2023 02:21 PM
Penang dan Selangor mungkin ada chance nk menang puak madani ni sebab totok mereka rmai di situ...
t ...
SedihPedih replied at 23-7-2023 03:23 PM
Masa PRU x colabo dgn wak pun sendu aja performance. Ni dh ada Oppa Wak suwei disisi mmg miracle kal ...
OshinDaSolja replied at 23-7-2023 02:21 PM
Penang dan Selangor mungkin ada chance nk menang puak madani ni sebab totok mereka rmai di situ...
t ...
MissYouSayang replied at 23-7-2023 04:31 PM
Mungkinkah slps PRN nanti kite bakalan dapat PM baru? HAHAHA..........KONPEM PAKNON SKRG TGH MENGELU ...
caprut replied at 23-7-2023 04:04 PM
Pn menang brgaya dkt kedah , kelantan. Dekat teganu tu dpt la tembus skit2
Ptot dkt negeri sembil ...
ADVERTISEMENT