CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Rugi RM89,000 Terpadaya Pelaburan Emas Dalam Talian

23-7-2023 12:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 947| Komen: 13

Sibu: Seorang guru sekolah swasta di sini, menanggung kerugian RM89,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan emas secara dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pada awal, lelaki berusia awal 30-an itu berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Jooyee Yap Jia Yuan menerusi satu aplikasi mencari jodoh.



Katanya, suspek kemudian mengajak mangsa untuk membuat pelaburan emas, dengan menjanjikan keuntungan lebih kurang 18 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat.

"Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi BFMDTRADE dan diberikan penerangan mengenai pelaburan berkenaan sebelum suspek meminta mangsa membuat pembayaran wang pelaburan ke beberapa akaun bank.

"Mangsa telah melakukan 18 transaksi pemindahan wang berjumlah RM89,000 ke 11 akaun bank berlainan antara penghujung April sehingga Mei lalu.

"Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima apa-apa pulangan daripada pelaburan yang dibuat dan suspek juga gagal dihubungi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada 21 Julai lalu untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan juga sebat termasuk denda.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 23-7-2023 12:27 PM
Emas mana ada dividen. Konsep nya beli emas pastikan dapat emas.

Selain itu scam lah dik. Umo muda belia cuba jadi cerdik. Info dihujung jari pun masih mudah ditipu
Quote asamfish 23-7-2023 12:42 PM
la haula wala quwwata illa billah.....kenapa tak beli emas fizikal kat kedai terus!  beli je gold bar di kedai emas tu.... rm89000 tu dah boleh dpt 3 gold bars yang setiap satu seberat 100gm!  tak perlu nak melabur2 bagai...simple as that....
Quote hydenmatt5500 23-7-2023 12:44 PM
Edited by hydenmatt5500 at 23-7-2023 12:46 PM

Maaf, tetapi saya tidak memahami kalimat yang anda berikan. Kalimat tersebut mungkin menggunakan bahasa   atau frasa yang tidak umum atau berasal dari bahasa tertentu yang tidak saya ketahui. Great Restoration Services   Jika anda ingin memberikan lebih banyak konteks atau maklumat tambahan, saya akan cuba membantu sebaik mungkin.




Quote grouper 23-7-2023 12:57 PM
Patut tanya kat scammer tu nape dia sendiri x melabur klau dpt pulangan berganda buat apa kongsi ngan org lain...
Quote asamfish 23-7-2023 01:04 PM
grouper replied at 23-7-2023 12:57 PM
Patut tanya kat scammer tu nape dia sendiri x melabur klau dpt pulangan berganda buat apa kongsi nga ...

ye betul....saya selalu bertanyakan soalan sedemikian kepada org2 mlm yg cuba untuk menjual product mereka.  begitu juga agent2 yg menjual emas....sebab dorang tu kaya sebab dptkan banyak customers, bukan hasil pelaburan emas sendiri.

Quote grouper 23-7-2023 01:22 PM
asamfish replied at 23-7-2023 01:04 PM
ye betul....saya selalu bertanyakan soalan sedemikian kepada org2 mlm yg cuba untuk menjual produc ...

Betul tu. Diorg punya point nak kongsi rezeki kononnya. Klau nak kongsi rezeki pi cari org susah suruh dia melabur skit je dlm 50 ringgit x payah ribu2 sbb kata blh berganda..
Quote CiliPadiSedap 23-7-2023 01:26 PM
grouper replied at 23-7-2023 12:57 PM
Patut tanya kat scammer tu nape dia sendiri x melabur klau dpt pulangan berganda buat apa kongsi nga ...

sekarang yang ramai tengah  joint gigamax. siap ada dah keluar supercar. kaka senyum je lah. nanti dh rugi modal lesap alam bunian . wish good luck

orang melayu ni time melabur skim cepat kaya bukan main hebat kalah warren buffet. tp melabur untuk niaga, ilmu, atau skill kedekut. sanggup risiko kan duit.



Quote aku_best 23-7-2023 03:59 PM
Banyaknya duit cikgu...
Quote SalenaGomez 23-7-2023 04:25 PM
CiliPadiSedap replied at 23-7-2023 01:26 PM
sekarang yang ramai tengah  joint gigamax. siap ada dah keluar supercar. kaka senyum je lah. nanti ...

Ada lagi 1 style penipuan, jual barang kat fb dgn harga x masuk akal

Kat ofis SG ada 2 org kena. Sorang tu beli keta 2nd hand axia dari singapore harga rm13k. Memula seller minta rm5k utk buat urusan jual beli daftar semua. Pastu minta lagi rm3k sebab katanya ada problem dgn imigresen …pastu baru tanya pendapat opismate dia kena tipu ka. Mmg kena tipu lah

2nd Opismate ni pula beli iphone 2nd hand kat fb rm1k. Transfer full rm1k tp fon sume x dpt. Kompom kena scam lah

Kalau nak tahu, akaun transaction tu sume depa pakai keldai akaun. Sebab tu nampak realkan biz tu. Kat fb tu kalau ada review kat seller tu trusted la, reliable la… sume review tu boleh tipu2 je
Quote CiliPadiSedap 23-7-2023 04:59 PM
SalenaGomez replied at 23-7-2023 04:25 PM
Ada lagi 1 style penipuan, jual barang kat fb dgn harga x masuk akal

Kat ofis SG ada 2 org kena.  ...

review tipu atau fake bot ni boleh buat. ada jual kt forum2 cracking software. ada software tu boleh set time register email baru, register akaun baru.

nanti akan datang ada AI lagi susah nak detect akaun palsu or betul
Quote CiliPadiSedap 23-7-2023 05:00 PM
SalenaGomez replied at 23-7-2023 04:25 PM
Ada lagi 1 style penipuan, jual barang kat fb dgn harga x masuk akal

Kat ofis SG ada 2 org kena.  ...

tulah kena hati2 dengan scammer. sekarang siapa2 blh jd scammer dan mangsa scammer. baguslah sis ada kesedaran.
Quote SalenaGomez 23-7-2023 10:28 PM
CiliPadiSedap replied at 23-7-2023 05:00 PM
tulah kena hati2 dengan scammer. sekarang siapa2 blh jd scammer dan mangsa scammer. baguslah sis a ...

Bila things to goooddd to be true, mmg boleh rasa ada benda x kena…tu SG punya 1st level filtering
Quote Tiggybiru 23-7-2023 11:07 PM
Okay mcm mn scammer boleh detect orang tu byk duit? Sbb mcm senang2 je orang kena scam 80k..200k..pelik betol

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046151 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top