CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Plot Tangkap Saya Dirancang Enam Bulan Lalu, Saya Tahu Dah' - Sanusi

23-7-2023 12:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1140| Komen: 14

Kuala Ketil: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa rancangan untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ini berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada rakan yang memberi amaran bahawa tindakan akan diambil susulan kritikan terbuka kepada pihak tertentu.



"Plot untuk tangkap saya sudah dirancang sejak enam bulan lalu, saya tahu dah, saya ada 'intelligence' saya, jumpa orang tu pesan jaga-jaga ada orang nak buat (sesuatu) kepada saya.

"Untuk keselamatan saya ada pistol dalam kereta 24 jam, ada dua kelopak, 14 peluru satu kelopak, 24 jam berjaga-jaga takut orang buat jahat, orang tak buat jahat, saya tak buat jahat pada orang.

"Sudah enam bulan kawan-kawan pesan, yang penting tangkap gari saya, jatuhkan moral dan hilang kredibiliti, selepas itu ceramah orang tak dengar lagi kerana saya sudah dimalukan dengan tangkapan," katanya ketika berucap pada Ceramah Gelombang Perikatan Nasional (PN) di Padang Awam Kuala Ketil di sini, malam tadi.


Selasa lalu, Muhammad Sanusi ditahan polis pada jam 3 pagi sebelum didakwa di dua mahkamah berasingan di Selayang, atas pertuduhan menghasut dalam ceramah politik.

Mengulas lanjut, apa yang dikesalkan adalah permintaannya mendapatkan salinan dua kertas pertuduhan terbabit tidak diberikan pihak pendakwa raya selepas selesai proses di mahkamah.

"Saya hormat rakan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), jangan salahkan polis kerana mereka jalankan tugas atas arahan atasan sampai ke menteri, mereka terpaksa. Tujuan ditangkap untuk menjatuhkan kredibiliti saya, nak tarik saya jatuh ke tanah.

"Saya didakwa atas dua tuduhan, tetapi kertas pertuduhan tidak diberikan, saya hanya dibacakan dan saya mengaku tak salah, pendakwa raya kata kena beli dalam talian, tapi kemudian kertas pertuduhan jadi viral, tujuan untuk memalukan saya.

"Saya keluar (mahkamah) angkat tangan, terus jahanam habis semua. Malam ini saya isytihar angkat tangan ini lawan (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, cicak mengkarung jangan datang, kamu bawa Anwar Ibrahim," katanya.

Jelasnya, tindakannya melawan Anwar adalah tidak salah kerana kedua-dua mereka berada dalam bidang politik dan beliau bukan melawan Perdana Menteri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 23-7-2023 12:58 PM
Terpaling victim.  Iye ada plot sejak 6 bulan lalu tapi yg buat hang kena charge sebab sendiri tersilap langkah, 31 repot polis terima.  Yg lain2 tu just riding on it, jumping on the opportunity, senang cerita mulut hang yg buat did all the hardwork for them.  Pasaipa nak bawa pisetol plak?
Quote Azharitubunga 23-7-2023 01:05 PM
Samerosie replied at 23-7-2023 12:58 PM
Terpaling victim.  Iye ada plot sejak 6 bulan lalu tapi yg buat hang kena charge sebab sendiri tersi ...

PH xperlu bawak pisetol sebab dah ada W AK47
Quote Tinot7 23-7-2023 03:13 PM
Kalau nak tangkap org, nak kenakan org, mana la hari ni plan, esok tangkap.. sah2 lerr dah plan berbln2 sblm tu..

Tingat citer oppenheimer.. strauss nak kenakan oppie, pastu dgn strauss sekali tak dpt masuk kabinet.. giteww..
Quote monreyes 23-7-2023 03:39 PM
dia ni mmg x reti diam ke...
Quote shalalat 23-7-2023 03:54 PM
Org kedah mmg style nuc ni ke? Mulut tak tau diam
Quote airfilterkotor 23-7-2023 08:06 PM
Dia kata dia dah tau tak lama lagi kena tangkap.
Astu sembang pasai ada pestol, berapa kelopak dan berapa butir.

Dia nak bagitau apa sebenarnya...?
Quote Samerosie 23-7-2023 08:13 PM
airfilterkotor: Dia kata dia dah tau tak lama  ...


Inilah masalah dia.  Dok sebut sana duk cuit sini. Nanti org siasat pasal bawa pistol tu dia gak yg meroyan.  
Quote Apoo 23-7-2023 08:25 PM
Samerosie replied at 23-7-2023 08:13 PM
Inilah masalah dia.  Dok sebut sana duk cuit sini. Nanti org siasat pasal bawa pistol tu dia gak y ...

Pemimpin kelas belakang hanya dipilih oleh kelas belakang.
Quote airfilterkotor 23-7-2023 08:36 PM
Samerosie replied at 23-7-2023 08:13 PM
Inilah masalah dia.  Dok sebut sana duk cuit sini. Nanti org siasat pasal bawa pistol tu dia gak y ...

Better Nusi ni diam aje la, cer tiru sikit macam MB² negeri lain.
Quote Minami2013 23-7-2023 09:00 PM
Kenapa ye org melayu suka politikus ala2 badut. Nmpak level2 ketua kampung. Dulu si mat sabu.. i baca komen yt podcast keluar sekejap yg invite dia ramai betul sokong dia. Tapi gaya dia ckp jauh lagi nmpak kredibiliti kj. Baca komen fb ada yg nk angkat dia jadi piyem.. omaigad
Quote Suchi 23-7-2023 09:49 PM
airfilterkotor replied at 23-7-2023 08:36 PM
Better Nusi ni diam aje la, cer tiru sikit macam MB² negeri lain.

Betul gak tu,mungkin sukakan perhatian gamaknya.

Kalau terkenal sbb hasil kerja ok lagi nih balik2 isu cari gaduh ngn org.

Quote Suchi 23-7-2023 09:57 PM
Minami2013 replied at 23-7-2023 09:00 PM
Kenapa ye org melayu suka politikus ala2 badut. Nmpak level2 ketua kampung. Dulu si mat sabu.. i bac ...

Jadi PM? Kalau jd menteri pendidikan pun dh rasa seram
Bygkan dgn bahasa kasar gitu nk jd cth utk budak2 sekolah ke?
Body shaming org bagai, sedih tgk kempen ahli politik dah mcm budak2 ejek mengejek bagai.

Tak penah berubah patut fokuskan apa tawaran yg kalian bleh bg pada rakyat bukannya pi kutuk pihak lawan,esok2 tak cukup kusi kena comolot plak ngn pihak lawan.
Lagi satu dah jd menteri guna la bahasa yg elok dan belajar la bercakap dlm bahasa yg difahami seluruh rakyat malaysia.
Quote airfilterkotor 26-7-2023 09:23 PM
KUALA LUMPUR – Tular di media sosial seorang lelaki memberi nasihat kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor agar tidak celupar mendedahkan kepada umum dalam kenderaannya ada pistol.

Lelaki yang tidak dikenali identiti itu tetapi mendakwa sebagai kawan dan sahabat kepada Menteri Besar itu menegaskan, tindakan Muhammad Sanusi menyimpan senjata api dalam kenderaan ada salah daripada segi undang-undang.

“Dia ingat pistol itu pistol mainan boleh diuar-uarkan kepada orang ramai. Ini bahaya. Ia mengundang keselamatannya terdedah kepada pihak tertentu yang ada niat jahat.

“Siap beritahu lagi, dalam kenderaannya ada pistol dengan 14 peluru dalam kelopak. Ini sudah salah sahabat walaupun cakap ada lesen.

“Kena ingat, ketika seseorang itu yang memegang jawatan besar menyatakan dia ada pistol, pistol itu kena bersentuh dengan badan. Itu yang mengikut undang-undang betul, bukan letak dalam kenderaan,” katanya.

Menurut lelaki itu lagi, sebagai sahabat, beliau menasihatkan Menteri Besar itu agar tidak menguar-uarkan perkara yang boleh menjejaskan keselamatan dirinya sendiri.

“YB Menteri Besar, tolong jangan bawa (uar-uarkan) benda macam ini. Adui.. aku pun tak taulah, pening kepala.

“Saya nak cuba perbetulkan perangai you tapi you tak nak ikut. Tapi, bila you cakap (berucap) semua orang tepuk, itu satu unsur ugutan terutama dalam ucapan itu you kata ada pistol.

“Satu lagi, semasa kamu beritahu ada pistol dalam kereta, ini akan mendorong pihak tertentu rancang nak curi dan macam-macam akan berlaku. Kamu, secara tak langsung menjemput musuh kamu sendiri. Ini bukan tauladan dan sikap yang baik sebagai seorang Menteri Besar,” katanya.

Beliau berharap, polis dapat menasihatkan Muhammad Sanusi mengenai penggunaan pistol supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang. – MalaysiaGazette
Quote silencekiller 26-7-2023 11:52 PM
biasa laa cerita2 raih sokongan.. tapi dari segi cerita tu masih ada logik akai yg sehat laa ..

Ada laa cerita kununnn kena suntik HIV kaa arsenik kaa sakit tulang sampai nak mampuih laa... ujung2 masih dok segar2 hidop bertahun2.. tapi macai2 tetap percaya & beri sokongan pada insan tersebut walaupun bawa cerita paling tak buleh diterima dek akai seorang insan yg waras..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.094658 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top