"Sejujurnya tiada apa-apa perasaan... bagi saya apa yang menggembirakan hati dan mampu mengubat kerinduannya saya okay sahaja." Watie Hanifiah mengakui tiada sekelumit perasaan sedih atau cemburu apabila suaminya, Shuib terkenangkan Allahyarham isterinya Siti Sarah Raisuddin.
Sebagai isteri, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya memahami beberapa tindakannya dapat mengubat rasa rindu terhadap Allahyarham. "Bagi saya nak cemburu pada orang yang telah tiada pun buat apa, adanya saya di sini pun disebabkan kisah mereka yang sudah tiada. "Saya terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah Allah tidak meletakkan rasa sedih atau cemburu dalam diri saya," katanya kepada mStar ketika ditemui pada acara Zumba bersama Fasha Sandha di Kuala Lumpur yang berlangsung pada pagi Sabtu. Tdak mengambil pusing komen negatif dilemparkan terhadap dia atau suami, Watie bersyukur apabila hubungan mereka kini semakin disenangi malah ramai mendoakan kebahagiaannya bersama penyampai radio Suria FM itu. Sumber: mStar
|
TomyamPuteh replied at 24-7-2023 08:13 AM
Betul la apa yg Watie jwb tu.
ADVERTISEMENT