Usahawan Watie Hanifiah bersyukur apabila orang ramai sudah mula menerima kenyataan dia sebagai isteri baharu kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib. Menurut Watie, dia menyedari sebelum bernikah dengan Shuib, namanya sering menjadi sasaran netizen sehingga ada yang melemparkan kata-kata kurang enak terhadapnya.
Walau bagaimanapun jelas Watie, komen negatif tersebut tidak memberi kesan kepada dirinya. "Saya sangat bersyukur sekarang ini sebab ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Shuib. Sebelum ini belum kahwin mungkin orang belum kenal saya lagi kan. "Saya sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan yang sekarang, lebih-lebih lagi berkahwin dengan selebriti. "Dulu orang kecam pun saya tak ambil kisah sangat, saya lebih memikirkan tentang orang di sekeliling saya termasuk penerimaan keluarga masing-masing. "Komen negatif sebelum ini tak beri kesan pun terhadap saya, sebaliknya komen positif yang saya terima selepas kahwin lagi memberi kesan. Sebab takut sekiranya akan mengecewakan mereka," katanya.
Watie berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Fasha Sandha anjuran produk kecantikan jenama Berryfull yang diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
|
Insomniacs replied at 23-7-2023 09:19 AM
Aku cuma terima yg ko tu isteri soeb.. tp perangai menggedik tu aku tetap nyampah.. tp apapon korang ...
Kangkung1M replied at 24-7-2023 12:28 AM
Sebenarnya berat tugas Watie ni. Bukan sahaja kena jaga Soeb dan anak2, tapi Atok dan kuncu2nya jug ...
ADVERTISEMENT