CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Nafi Makin Seksi Sejak Kurus, Hanya Pakai Baju Lama

23-7-2023 10:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3511| Komen: 27

Sebelum ini, pelakon Fasha Sandha yang tampil lebih langsing menjadi kritikan netizen apabila ada yang menyifatkan aktres itu kelihatan lebih berusia kerana wajahnya yang cengkung.

Bagaimanapun, Fasha kini menjadi inspirasi buat segelintir wanita yang juga memasang impian untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan semula berat badan ideal.



Namun, apa yang menjadi perhatian adalah penampilan Fasha yang akhir-akhir ini semakin seksi dengan memakai baju singkat dan sendat menampakkan susuk tubuh terkininya.

Tampil menafikan perkara itu, Fasha yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram menjelaskan dia tiada niat untuk tampil seksi, sebaliknya hanya menggayakan semula pakaian lama miliknya yang masih disimpan sejak beberapa tahun lalu.

Malah, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berpendapat maksud seksi adalah subjektif.

"Saya tak show off (menunjuk) pun yang saya dah kurus atau bangga kepada orang ramai. Mungkin orang nampak sebegitu sebab saya dah mula pakai baju-baju lama ketika badan saya bersaiz kecil. Mereka ada yang kata saya dah berubah bila kurus, tidak begitu.



"Seksi pada saya adalah perkara yang subjektif, mungkin bila pakai baju kurung dan bertudung pun boleh dikategori sebagai seksi. Contoh Rozita Che Wan, dia kelihatan seksi. Tidak semestinya tunjuk kulit baru nampak seksi.

"Malah, posting yang orang kata nampak kulit saya sebenarnya itu adalah inner warna kulit. Saya tidak perlu nak beri penjelasan yang panjang, orang boleh fikir," katanya.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Fasha Sandha anjuran jenama Berryfull yang diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Walau bagaimanapun jelas Fasha, dia tidak mengambil hati dengan komen nakal netizen, sebaliknya berterima kasih kepada mereka.


"Apa pun, saya amat berterima kasih kepada netizen yang mengambil berat tentang saya. Mereka juga diperlukan, kalau tiada orang kecam dunia ini akan jadi bosan.

"Netizen hanya menjalankan tugas mereka. Dikecam bukan bermaksud dibenci tetapi disayangi. Kecaman buatkan saya menjadi seseorang yang lebih baik," kata Fasha lagi.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-7-2023 11:19 AM
seksi apooooo... sheols kan free hair...

badan kurus mesti la pakai ketat melekap gitu takkan nak pakai baju labuh2 macam zaman hip hop sampai seluar boleh buat parachute terjun dari kapal terbang...

Quote Perawankota 23-7-2023 11:39 AM
Hahaha baju lama konon.. Sah2 baju2 tu baru2 lagi kak oii... Sebenarnya tak perlu pon explain...
Quote Piramida 23-7-2023 11:45 AM
OK.. Baju lama.. yg seksi.
Maybe takde baju2 lama yg tertutup.
Quote mariamariani 23-7-2023 11:53 AM
sebab tu selalu dengar orang cakap..bila gemuk ramai suka baju besar.lebih menutup aurat.. bila seksi auto pakai baju2 ketat sebab nak tunjuk body dah slim
Quote talia 23-7-2023 11:59 AM
'kareena kaphor' pulak dah hahaha funny
Quote opie5662 23-7-2023 02:50 PM
Tgk la video die zumba kat ig produk ape tah. Kemaim ikat baju sampai berbentuk ketet n tayang perut. Dah tua2 kawan2 sezaman ramai dah start berubah. Ni gelenyar mcm baru nk up.. Takkan rebel ngan laki baru plak. Tak segan ke ngan mertua... Tak pakai tudung tu takpe lagi.. Takyah la sibuk nk menayang aset londeh
Quote opie5662 23-7-2023 02:51 PM
mariamariani replied at 23-7-2023 11:53 AM
sebab tu selalu dengar orang cakap..bila gemuk ramai suka baju besar.lebih menutup aurat.. bila seks ...

Betul tgk je la alyah tu... Lpas potong usus, dah kurua kemain ketat baji.. Semut nk lalu pon x lepas. Masa gemok dlu mcm pakai gebor sbb nk tutup lelemak
Quote tulip-rain 23-7-2023 02:52 PM
Banyak cerita pulak dia ni sejak kurus. Pasal isu ni je.
Dah jadi terpaling awal datang kerja, terpaling komited skrg terpaling kurus pulak.
Quote razzia 23-7-2023 03:05 PM
opie5662 replied at 23-7-2023 02:50 PM
Tgk la video die zumba kat ig produk ape tah. Kemaim ikat baju sampai berbentuk ketet n tayang perut ...

kan huduh naww ikut baju mcm tu,biarpun kurus tak fit masih nampak bonjolan perutnya
Quote orkid_amani 23-7-2023 10:21 PM
razzia replied at 23-7-2023 03:05 PM
kan huduh naww ikut baju mcm tu,biarpun kurus tak fit masih nampak bonjolan perutnya

Dia duduk pun nampak berlipat jugak lemak2 nya..kurus yg xfit ni.
Xdak shape
Quote koko12 24-7-2023 10:30 AM
keding pun dia stilll cantik
Quote MisXoXo 24-7-2023 11:08 AM
Inspirasi utk kurus..bahaya ni..sgt bahaya amalan ni..dia xpernh tnjuk sisi konsisten bersenam pun.last dia cedera dn kekuar hosp terus kurus.bahaya ni sbb dia tgh lancarkan produk kurus.jahanam rakyat msia kalau nak berinspirasi mcm ni nya model kurus
Quote bulalof 24-7-2023 11:27 AM
lantak hang lah.
Quote lonely_classic 24-7-2023 11:53 AM
kenapa perlu terpaling justify, ada orang bertanya ke? over
Quote OsHiN_hOnEy 24-7-2023 12:03 PM
kalo tak over justify bkn fasha lar namanya
segala terpaling tu kan bagi kat dia
selalu kat igs dia letak time check
dia tak pernah bangun solat subuh ker yg dia mcm terimpress dgn diri sendiri?

yg tanya tak malu dgn mertua ker?
nanti dia jawap tu tuntutan kerja dia
dia kena buat sebab pengarah suruh, director suruh, lady boss suruh
dia cuma jalankan amanah bekerja jer, dia tak pernah salah pun

ingat haritu dah hampir separuh buta ada lar timbul kesedaran
tapi masih sama juga..
dgn laki dia pun suka pakai seluar terbonjol2
laki dia no say dlm bini dia berlakon peluk2 bagai
laki dia cuma tau doa makan jer
Quote Paiya 24-7-2023 12:33 PM
Fasha cantik takde cucuk2

ND makin pelik muka
dolu2 ND cumil je
Quote aciksenah 24-7-2023 01:35 PM
mariamariani replied at 23-7-2023 11:53 AM
sebab tu selalu dengar orang cakap..bila gemuk ramai suka baju besar.lebih menutup aurat.. bila seks ...

Baju besar pasal yang tu je muat dan selesa nak pakai. Lepas tu sebab nak sorokkan lemak.
Quote aciksenah 24-7-2023 01:41 PM
razzia replied at 23-7-2023 03:05 PM
kan huduh naww ikut baju mcm tu,biarpun kurus tak fit masih nampak bonjolan perutnya

Sebab kurus dengan menyiksa diri. Kalori intake harian 500 kalori je, bukan kurus minum benda alah tu pun. Kalau kurus sihat body tone lain. Si siami pun gigih la sama naik..sanggup pujuk wifey supaya tahan daripada minum milo. Kononnya takut terlebih kalori. Diet ni biarla cara sihat. Lakukan diet yang kita rasa boleh amalkan untuk masa yang panjang tanpa menyiksa diri.

Crash diet ni memang tak bagus untuk badan, banyak risikonya. Kadang2 period pun boleh stop tau kalau kita ambik kalori yang kurang berbanding apa yang badan perlukan.



Quote razzia 24-7-2023 07:00 PM
itula gaya diet dia mcm terseksa ja,mcm tak enjoy.tu kalau tiba2 tak diet mau badan naik mendadak.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.124300 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top