CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebak Pula Tengok Detik Datin Anne Ngasri Tiba Lambat Di ABPBH35, Peluk Dan Kucup Wajah Abang

23-7-2023 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3628| Komen: 37

Selain anugerah Artis Komedi Popular, siapa sangka Bell Ngasri juga meraih trofi terunggul iaitu Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35) 


IG


Bell yang gagal menahan sebak dalam ucapannya mengenang semula pengorbanan ibunya mengangkut semua anak menaiki bas untuk mencari rezeki dalam dunia lakonan.

Dalam pada itu, rupanya Datin Anne Ngasri tidak berada di Istana Budaya, Kuala Lumpur ketika kemenangan Bell diumumkan. 



Sebaliknya dia yang belum selesai bekerja hanya sempat menyaksikan moment indah tersebut menerusi televisyen di pejabat sahaja.

Hanya selepas acara tamat, dia tiba di sana dengan buah tangan dan memeluk erat Bell Ngasri tanpa sebarang kata. 

Mungkin ucapannya kepada si abang kedengaran biasa-biasa sahaja, namun jelas terpancar perasaan bangga seorang adik melihat abangnya memperolehi pencapaian sebegitu besar dalam industri seni Malaysia. 




Suasana benar-benar sebak ketika melihat Anne mengucup serta menyentuh lembut pipi Bell.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 23-7-2023 10:25 AM
Nampak sweet adik beradik ni. Suka tgk bonding fmly mcm ni.
Quote Mamason 23-7-2023 10:25 AM
Tahniah Bell... Selayaknya lah rezeki beliau dapat anugerah.  Tapi hadiah ape depa dapat ek?  Kalau artis2 dapat anugerah bintang popular nie?
Quote rayray28 23-7-2023 10:28 AM
Mamason replied at 23-7-2023 10:25 AM
Tahniah Bell... Selayaknya lah rezeki beliau dapat anugerah.  Tapi hadiah ape depa dapat ek?  Kalau  ...

Dlu siap ada keta..pstu slalunya rege leh laa up sket utk service
Quote dudaberhias 23-7-2023 10:33 AM
yang ni sebak la jugak tengok berbanding artikel2 lain yang di buka wartawan yang tak habis2 letak perkataan sebak kulu kilir...

hujung2 iols yang menangis sebab tak tahu apa yang sebak dalam artikel tu...

Quote Mamason 23-7-2023 10:36 AM
rayray28 replied at 23-7-2023 10:28 AM
Dlu siap ada keta..pstu slalunya rege leh laa up sket utk service

Owhh skrg xde dah hadiah kereta?  dapat hadiah wang ringgit ke selain trophy?
Quote honeybee1802 23-7-2023 10:38 AM
Aku pung still terigt lg watak anne as madihah dlm dunia baru...dekat 40 thn anak berderet still maintain si anne ni..
Quote I.K.A888990 23-7-2023 10:45 AM
sweet depa adik beradik sefamily
Quote Suchi 23-7-2023 11:25 AM
Dorang mmg rapat adik badik, saling sokong menyokong antara satu sama lain termasuk adik bongsu dorang tu elok je dijaga ngan baik.
Adik dia tu pon penah berlakon juga sblm ni.
Quote Tiggybiru 23-7-2023 11:28 AM
Bestnya..sbb yg menang ni bukan artis zaman bbnu..zaman tu takde facebook..takde insta tiktok..youtube..zaman balik rumah dari sekolah tengok tv je.. u go bell ngasri! I fully support u menang
Quote aammyy 23-7-2023 11:29 AM
Caption menghiburkan betul la bell ni
Quote aammyy 23-7-2023 11:33 AM
Anne nampak mcm senang naik berat badan tapi pandai dia jaga, maintain je.
Quote Madel 23-7-2023 11:42 AM
Family yg boleh dijadikan contoh
bonding adik beradik yg tak annoying utk di tenguk
Tak perlu nak terpekik2, buat kontent sampah, tak perlu nak bergelek2 bontot, tak perlu nak pakai baju seksi smpai almost telanjang
Tak perlu nak tayang kemewahan, branded stuff etc.
So melvin clqns, Kak KM sibling, Jah sskjp semua2 tu korang adik beradik boleh la kambus diri masing2 kat belakang umah yach
Quote doubleharmonic 23-7-2023 12:10 PM
Mamason replied at 23-7-2023 10:36 AM
Owhh skrg xde dah hadiah kereta?  dapat hadiah wang ringgit ke selain trophy?

sekarang dapat doorgift produk timbang kilo tagline lucah sedut2 pilihan lembaga dan bini
Quote LembingDayanti 23-7-2023 01:14 PM
mana bapak dia orang? dah meninggal ke? bell tak sekali pun sebut ayahnya. berpatah arang ke? Bapak dia dulu herlokkk !!!
Quote anony-mous 23-7-2023 01:21 PM
Comelnya anne ni!! Best plak caption bell tu
Quote yum3 23-7-2023 01:22 PM
tu lah aku pelik pesal Bell tak sebut pn nama ayah dia . Ayah dia tkenal kot. Bekas pengacara tak silap aku. Dan yg aku lebih tkejut rupanya ayah & mak bell dah lama  bpisah. Baca kat mana tah. Ayahnya dah ada isteri baru.Tp aku pn baru tahu dari tik tok
Quote anony-mous 23-7-2023 01:22 PM
doubleharmonic replied at 23-7-2023 12:10 PM
sekarang dapat doorgift produk timbang kilo tagline lucah sedut2 pilihan lembaga dan bini

Geli kan. Mesti nk ala double meaning. Sedut sekali x cari lain. Produk ni sekadar cuci cuci ke?
Quote cmf_premierleag 23-7-2023 01:30 PM
Anne ms kekecik dulu pun pernah menang award pelakon kanak2 terbaik..utk drama Selamat Hari Jadi Su
Sedih citer tu..Anne jd kanak2 yg ada AIDS
jd anak angkat umie aida & sidi oraza
Quote Mamason 23-7-2023 03:04 PM
doubleharmonic replied at 23-7-2023 12:10 PM
sekarang dapat doorgift produk timbang kilo tagline lucah sedut2 pilihan lembaga dan bini

Ei mok yek... disponsor oleh mereka yek... hehehe ok le tu, dpt free

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top