"Perlu sedar indusri kita tidak seperti Hollywood, tak boleh la nak letak harga yang tinggi." Bukan soal bayaran yang dipandang, sebaliknya pengacara dan penyanyi Elly Mazlein lebih mementingkan kualiti dan keseronokan bekerja.
Justeru, perkara utama yang perlu diambil kira adalah bagaimana untuk Elly atau mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom bertahan lama dalam jangka masa yang panjang. "Industri Malaysia tidak sebesar mana pun, paling penting fikirkan tentang tempoh masa yang panjang untuk bertahan. Kalau letak harga tinggi mungkin sekali sahaja akan dipanggil. "Saya secara peribadi suka win-win situation, paling utama saya rasa seronok untuk kendalikan sesuatu program itu. Kemudian baru bincang soal bayaran," katanya ketika ditemui OhBulan! di sidang media ABPBH 35 yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat.
Malam kemuncak ABPBH 35 turut menyaksikan Kak Lina berjaya merangkul trofi Pengacara TV Popular. Berkongsi mengenai perasaan memenangi kategori tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya. "Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya terutama suami saya. Dia yang banyak sangat memahami saya, bertanggungjawab jaga anak-anak sewaktu saya tiada (bekerja). "Dia sentiasa beri semangat sebab suami adalah yang paling memahami minat saya. Selama lebih 20 tahun saya tunggu saat ini, I love you papa so much. "Peminat juga merupakan tulang belakang saya, tak dapat nak balas jasa kalian. Terima kasih kerana sentiasa menyokong dari susah hingga senang. Momen ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila," ujarnya. Sumber: OHBulan |
ADVERTISEMENT