CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kenapa Tak Tolak Dari Awal? Nanti Dah Waras Sila Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia' - Bunga Isme

22-7-2023 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3853| Komen: 43

Biarpun sudah lama meminati The 1975, peminat kecewa dengan sikap vokalis kumpulan berkenaan termasuk menghina undang-undang di Malaysia dengan melakukan pelbagai perkara tidak senonoh.

Aryl Rosli, 30, berkata, dia yang pada awalnya teruja dengan kehadiran kumpulan daripada United Kingdom itu bertukar rasa benci apabila vokalis The 1975 dilihat sengaja merosakkan suasana konsert Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada malam Jumaat.


"Saya memang peminat The 1975, lagu-lagu mereka banyak yang best... saya datang konsert itu pun sebab nak dengar lagu-lagu mereka secara langsung.


Sky News/mStar/IG

"Tapi sikap Matty yang tak profesional merosakkan suasana. Dia meludah di atas pentas, pecahkan dron milik penganjur... lebih mengecewakan dia hina kerajaan kita," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.


Pada malam Jumaat, persembahan The 1975 dihentikan serta merta selepas Matty menunjukkan pelbagai aksi kurang ajar dihadapan penonton termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan maduk serta meludah di atas pentas.

Tidak cukup dengan itu, Matty menyelar dan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) di Malaysia sebelum bertindak mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds.

Menjawab tuduhan penonton konsert itu bersorak seolah-olah bersetuju dengan pandangan Matty berhubung undang-undang berkaitan LBGT di Malaysia, Aryl berkata ia tidak melambangkan keseluruhan situasi.

Sebaliknya kata Aryl, kebanyakan penonton pada awalnya berasa keliru dengan tindakan Matty malah ada menganggap ia sebahagian daripada persembahannya.

Namun sangkaan itu meleset apabila Matty bertindak diluar kawalan dan perbuatannya itu memang disengajakan.

"Saya rasa penonton keliru dengan tindakannya, mereka menjerit tapi tidak tahu nak menyokong atau tidak dengan perbuatannya. Ada juga orang di sekeliling saya macam tertanya-tanya sama ada Matty dalam keadaan waras atau sebaliknya.

"Ramai keliru tapi mula sedar dan berasa marah apabila dia mula menghina kerajaan dan menyentuh isu berkaitan undang-undang LGBT di Malaysia," jelasnya.



Sementara itu, Aryl memberitahu dia membayar RM300 untuk menyaksikan persembahan malam pertama Good Vibes Festival 2023 dan sebagai peminat sedih dengan situasi yang berlaku.

Aryl berpendapat kumpulan itu sepatutnya bertanggungjawab dan membayar ganti rugi kepada penonton yang hadir dan kesalahan itu tidak sepatutnya diletakkan sepenuhnya kepada pihak penganjur.

"Saya memang berharap dapat duit itu kembali tapi bukan dari pihak penganjur tapi saya mahu The 1975 yang bayar ganti rugi itu. Sejujurnya kumpulan itu yang salah dan musnahkan segalanya," jelasnya.

Sebagai peminat tegar kumpulan berkenaan, Aryl memaklumkan dia kini mula membenci kumpulan berkenaan kerana terkejut dengan perangai biadap vokalisnya.

Bukan sekadar sikap Matty namun kehadirannya sebagai peminat yang mahu menonton konsert berkenaan juga tidak dihargai oleh kumpulan berkenaan.

Sementara itu, tinjauan mStar mendapati netizen mula menyerang ruang komen Instagram The 1975 yang rata-rata menyalahkan mereka sebagai punca pembatalan baki dua hari festival itu.

Bunga Isme antara yang meninggalkan komen mengkritik tindakan melampau Matty yang tidak menghormati budaya dan undang-undang di Malaysia.







Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 22-7-2023 06:25 PM
And yet organiser let him go scotch free???? Apeni organiser?!! Kalau ada laporan polis yg cepat, boleh kan dapatkan waran tangkap?
Quote LadyCarefree 22-7-2023 06:29 PM
wikedsaikel replied at 22-7-2023 05:25 PM
And yet organiser let him go scotch free???? Apeni organiser?!! Kalau ada laporan polis yg cepat, bo ...

Patut deport terus. Masuk negara mana2 xkira ada visa atau tak is a privilege not a right. Ban terus for 10years at  least.
Kenapa gomen xtangkap? bukankah dah jadi menghasut rakyat membenci kerajaan dan islam? Ni baru betul boleh tangkap.
Quote dudaberhias 22-7-2023 06:36 PM
alamak mujur iols tak kenal ni kumpulan apa... lagu pun tak pernah dengar lepas google...

nama band pun 1975 bersamaan tahun acik2 yang dah nak menopos...

semua yang pergi konsert tu dah boleh berjemaah sama2 ke esteloder esok yach untuk beli advanced night repair supaya boleh titik2 dekat wajah tiap2 malam supaya tampak muda...

Quote Thunderclouds 22-7-2023 07:12 PM
Kenal pon sbb dated taylor swift br ni.
Pakat meroyan fans dia.
Sesama kapir pon xbkenan ngn matt healy neh.
Perangai huduh nak mam.
Quote Nozot 22-7-2023 07:21 PM
Thunderclouds replied at 22-7-2023 07:12 PM
Kenal pon sbb dated taylor swift br ni.
Pakat meroyan fans dia.
Sesama kapir pon xbkenan ngn matt he ...

Oh..ok..patutalah familiar nama mat healy nie..pernah dating taylor swift..ya betul fan taylor tak setuju sebab katanya matt nie banyak kes..
Quote dua_chzy 22-7-2023 07:24 PM
Hauk juga grammar kau Bunga. Ingatkan urban reti la bab grammar ni. Takpa la. Yang penting mesej sampai?
Quote Aneem 22-7-2023 07:52 PM
Yeay LGBT dah lepas buat konsert secara terbuka semasa madani perintah.
Itu yg kaum mereka harapkan.
Quote xtravaganza 22-7-2023 08:16 PM
Hambat jela kumpulan yg xsedar diuntung ni keluar. Semak je.. Bnyk lg penyanyi berkaliber blh panggil. Dasarrrrrrr.. ko nk berlgbtq+++ silakan.. tp xyah nk pksa org lain utk join ko. Kang xpsl2 pening kpala org malaysia nk igt pronouns “org2 tersakiti” ni. Fairy la bee la segala mak nenek tu blom lagi non-binary nonsense!!

Ko simpan pemikiran senget korang tu kat negara ko je. Berambus sana. Org srh nyanyi, nyanyi jela. Mna fan2 yg suka baling2 hadiah, phone sgala tu..klu dpt kna kat muka mcm bebe rexha tu padan muka..
Quote laicibiru 22-7-2023 08:16 PM
Edited by laicibiru at 22-7-2023 08:18 PM

The 1975 memang best lagunya tapi perangai Matty ni memang hauk haram jadah.

Iols speku heols ambik barang balik lepas dah off rehab.

Takyah cakap netizen, member heols sendiri marah dekat heols sebab sejenis ketegaq. Theyols pernah off buat muzik kejap masa si Matty ni ketagih teruk. Theyols decide selagi Matty tak clean, theyols takkan masuk studio untuk record album baru. Ingatkan dah insof mamat ni rupanya tak
Quote Aikiko 22-7-2023 09:23 PM
Teruknya....owh nilah mamat yg baru ni clash ngan tay tay
Problemo tul
Nampak ada kewajaran yg duk boikot konsert voldplay
Quote babyLON. 22-7-2023 09:52 PM
langsung x kenal band ni
Quote tulip-rain 22-7-2023 10:21 PM
Kurang ajar!! Bodoh!!
Takde kena ape2 tindakan ke mat saleh2 mabuk ni? Masuk tempat orang nak buat ikut suka kau.
Nak orang hormat tapi kau tak hormat pun negara lain.
Terpaling woke lah konon. Terpaling lantang bersuara. Terpaling perjuangkan lgbt


Quote exclusive_vvip 22-7-2023 10:23 PM
Thunderclouds replied at 22-7-2023 07:12 PM
Kenal pon sbb dated taylor swift br ni.
Pakat meroyan fans dia.
Sesama kapir pon xbkenan ngn matt he ...

2-3 bulan lepas heols buat statement apatah..lupa dah..i tgk kat ig manatah, enews ke buzzfeed ke apatah..matsaleh pun condemn heols..
Quote AngelFreakyAF 22-7-2023 10:40 PM
Aneem replied at 22-7-2023 07:52 PM
Yeay LGBT dah lepas buat konsert secara terbuka semasa madani perintah.
Itu yg kaum mereka harapkan. ...

Hurmmmm Malaysia madani...sedehhh
Quote laicibiru 22-7-2023 11:38 PM
ada yang spill dekat twitter

[twitter]https://twitter.com/iamjoelee/status/1682646003500060673?s=46[/twitter]

nak salahkan kerajaan madani tu benda keberapa dah. Salah Matty & organiser la yang paling utama. They knew the risk yet they still bring him here although precautions have been made.
Quote matjerk 23-7-2023 01:30 AM
Bunga Isme tu sapa?
Quote Zazama 23-7-2023 08:30 AM
Tgk dah video tu. Masa berciuman tu, yg penonton majoriti mcm bersorak gumbira nak mamps. Masa Mati dok komen government, penonton pun majoriti still ada yg bersorak gumbira juga!
Quote pinkzara 23-7-2023 08:49 AM
Organizer ni mmg LGBT kot. Memang nak bawak masuk Anasir LGBTQ kot
Quote cmf_premierleag 23-7-2023 09:06 AM
Syabas Menteri Fahmy Fadzil....tak pernah lg aku puji Fahmy ni
Syabas sbb cepat bertindak utk stop kn konsert tu serta merta

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041394 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top