CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tergamaknya Kedai Makan Buat Che Ta Kembang Tekak Macam Ni

22-7-2023 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3411| Komen: 21

Kembang tekak Che Ta apabila bihun tom yam dimakannya di sebuah kedai mengandungi butir nasi yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tersebut.

Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap kedai makan berkenaan menerusi hantaran di TikTok.



IG

Pelakon itu mendakwa makanan tersebut merupakan bekas pelanggan lain yang tidak habis dimakan kemudian dibungkus dan diberikan kepadanya.

“Saya tempah bihun tom yam tapi yang dapat tom yam sahaja. Lepas itu saya dah makan separuh tiba-tiba perasan ada nasi dalamnya.

“Jadi saya jangka ini bekas order nasi dan tom yam orang lain kemudian gerai itu bungkus bagi dekat saya.
Macam mana dia berniaga? Tergamaknya, macam dah bekas-bekas orang makan,” katanya.

Kecewa dengan kejadian tersebut, isteri kepada aktor Zain Saidin itu berkata dia tidak akan berkunjung lagi ke kedai terbabit.





“Dah masuk setengah masuk dalam perut, macam mana ni? Sudah lah tak mahu tempah lagi dekat kedai tu,” kesal Che Ta.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama seperti aktres tersebut.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-7-2023 04:06 PM
rasanya tukang masak pakai wok sama untuk goreng nasi goreng lain2... dah beli pun dekat kedai tom yam kan...

motipppp tu pun nak kembang tekak nyahhh? nasi je punnnn... hakak lagi kembang tekak tengok ngko kulu kilir duq tuqak huruf R dan K jadi huruf Q

nampak macam demi konten pun ada sempat lagi yach nak melahap bihun tom yam tu tapi mekap2 dulu dan pakai tudung ...

Quote lattehazelnut 22-7-2023 04:12 PM
dudaberhias replied at 22-7-2023 04:06 PM
rasanya tukang masak pakai wok sama untuk goreng nasi goreng lain2... dah beli pun dekat kedai tom y ...

Knp nak pkai wok? Kan mihun tomyam..
Mihun rebus je n tomyam mmg diorg da prepare awal2 dlm periuk..
Quote dudaberhias 22-7-2023 04:23 PM
lattehazelnut replied at 22-7-2023 04:12 PM
Knp nak pkai wok? Kan mihun tomyam..
Mihun rebus je n tomyam mmg diorg da prepare awal2 dlm periuk ...

entah la kaka tapi kedai tom yam iols selalu pergi merata2 theyolss memang pakai wok untuk perangat dan tambah2 bahan tom yam tu untuk buat bihun tomyam...

sekadar kuah tomyam kosong tu je dalam periuk lain... waktu nak buat bihun tomyam theyols pakai wok yang baru lepas masak nasi goreng tu ahahahaha sambil api memancar2 nak sambar syiling... fefeeling nak masak char kuew teow kot...


Quote LadyCarefree 22-7-2023 07:01 PM
".....kami expect" Apo ko cakap tu Nekta? Kalau nenek expect tu bekas orang makan, maka baguslah. Dah memang ko jangka kan?
Quote noor2 22-7-2023 07:10 PM
Haha.......tapi mmg jijik la ada nasik2 sekali
Quote Belibis 22-7-2023 07:13 PM
Kalau la betul ambik dari belen customer makan,pi bungkus balik..memang keji la.
Quote dua_chzy 22-7-2023 07:40 PM
Tom yam pun dah rupa kari. Letak santan ka?
Quote Lagubestbest 22-7-2023 07:52 PM
takkan.. la.. kedai makan kecik2 tu biasanya lebih bermaruah mengharap 100% rezeki Allah tau.
Quote daiman 22-7-2023 08:50 PM
Suara zain tak sepadan dengan rupa????
Quote lattehazelnut 22-7-2023 09:52 PM
dua_chzy replied at 22-7-2023 07:40 PM
Tom yam pun dah rupa kari. Letak santan ka?

Mmg tom kha letak susu cair / santan..
Iols lg suka creamy tomyam..
Quote dua_chzy 23-7-2023 01:07 AM
lattehazelnut replied at 22-7-2023 01:52 PM
Mmg tom kha letak susu cair / santan..
Iols lg suka creamy tomyam..

Oh ok2 ni tom kha, bukan tom yam rebus tadak santan/susu cair.
Quote Rotipitadaging 23-7-2023 01:14 AM
Cemuih kami cheta...buqan aqa...kami qasa cheta saqah qaham ni...dak mungqin la keqai tomyam naq buaq qitu....daqqan laq....
Quote anilanil 23-7-2023 05:16 AM
Benda bulih masak sendiqi pasaipa pi order? Kalo menu beef wellington mmg patut order la. Baik nekta restock mamee bihun tomyam je, soh zen pi masak sat kat dapoq.
Quote pauliza 23-7-2023 06:11 AM
Rasa mcm tertukar dgn bungkusan org mkn tak habis & suruh bungkus .huhu kembang tekak jgk kalau iols pun kena mcm ni sebab bekas org dah mkn kot .Yg kata bekas wok yg dh guna tu ,kalau order nasi Putih + Tom Yam ,walau kedai Tom Yam
  masak Tom Yam dlm wok ,nasi Putih bukannya masak  dlm wok tu ,msk Tom Yam je
Quote Suchi 23-7-2023 10:37 AM
Edited by Suchi at 23-7-2023 10:49 AM
lattehazelnut replied at 22-7-2023 04:12 PM
Knp nak pkai wok? Kan mihun tomyam..
Mihun rebus je n tomyam mmg diorg da prepare awal2 dlm periuk ...


Setau iols tom yam mmg dorang akn masak bila org order.
Mmg guna wok yg berat boleh wok hei wok hei kuar api tu.
Masakan panas kt kedai tomyam selalunya hanya akan dimasak bila org order je.
Tomyam tu tak susah pun nak buat so tak perlu prepare awal pun.
Quote Mamason 23-7-2023 10:42 AM
Tapi kali ni teman setuju ngan che ta... kalau teman pun kembang2 tekak jugak... Iyelah, xkan nasi boleh suka suki termasuk dlm tomyam... sama ada pekedai kalut dok kauk guna senduk nasi kuah tomyam tu... or... ehhh pikior le sendirik!
Quote Suchi 23-7-2023 10:48 AM
Edited by Suchi at 23-7-2023 10:50 AM

[tiktok]7240378713328717058[/tiktok]

Resepi tomyam putih ni mudah tak guna pes, kalau nk merah tu tambah la pes tom yam tu kot.
Quote LadyCarefree 23-7-2023 12:16 PM
Nak gak tau kedai cikai mana nekta order.
Quote missbigrockstar 23-7-2023 01:31 PM
Daoh nya percakapan, ejaan, semua lah. Haha

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.032237 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top