CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bell Ngasri Tak Layak!” – ‘Fans’ Syahmi Sazli Tak Puas Hati Keputusan ABPBH35

22-7-2023 01:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4087| Komen: 60

Kemenangan julung kali pelawak Bell Ngasri pada malam Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35) sememangnya dinanti dan disambut baik peminat apabila dia menggondol trofi utama pada malam itu.

Malah, sejak awal lagi ketika undian Top 5 diadakan, nama Bell Ngasri ataupun nama sebenarnya Nasrizal Ngasri,42, telah disebut-sebut dan menjadi fenomena di media sosial.


Namun, kemenangan itu nampaknya tidak dapat diterima dengan baik apabila peminat ‘tegar’ pengarah dan juga pelawak Syahmi Sazli mempertikaikan kemenangan pelakon filem 18 Puasa Di Kampung Pisang itu.

Dalam satu hantaran Facebook ini, seorang individu berkata Syahmi lebih layak memenangi artiks komedi popular dan bukannya Bell Ngasri.

Malah, individu itu juga berkata bahawa dia sebagai peminat Syahmi akan bermogok lapar selama seminggu sebagai tanda protes atas protes yang tidak memuaskan itu.


Dia juga berharap pengarah itu dapat memenangi anugerah Artis Komedi Popular pada edisi yang akan datang selain memberikan rating rendah kepada penganjuran ABPBH35 kali ini.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersependapat dengan pendapat individu berkenaan dan tetap dengan pendirian mereka iaitu memilih Bell Ngasri sebagai bintang paling popular pada malam anugerah itu.

Terdahulu, Syahmi bersama rakan duo, Asif dan Yeo Parey telah memenangi anugerah Lawak Viral Popular pada malam kemuncak ABPBH35 dan sehubungan dengan itu, pengarah itu akan mengagihkan beberapa barangan asas kepada 1000 orang bertuah pada Ahad ini.


Sumber: Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 22-7-2023 01:24 PM
Bila masa si Syahmi ni lawak ntah. OKU yang dia ride tu yang buat orang ketawa, bukan dia.
Quote green~tea 22-7-2023 01:25 PM
Who is syahmi? At least i tau la bell ngasri tu berlakon
Quote SedihPedih 22-7-2023 01:37 PM
I kenal Bell dari Syahmi, so betul lah Bell yg patut menang

Quote Rdizz 22-7-2023 01:40 PM
Fan nk mogok lapar?

Mogok lapar 2 bln pun ok. Hahaha
Quote tikusmontok 22-7-2023 01:42 PM
Siapa malaun byk bunyik tu? Geng2 pelahap budu kah?
Quote Lolalala 22-7-2023 01:45 PM
Bell memang patut menang. Syahmi pelopor air balang ais krim?? Hahahaha pastu nak kena menang artis popular ke? Tu pi laaa masuk pertandingan business
Quote Thunderclouds 22-7-2023 01:45 PM
Mogok lapar sampai kiamat pon tadak sapa heran dekkk
Quote shida81 22-7-2023 01:57 PM
Syahmi who?? Sorry level ko jauh la dr bell
Quote prettyuglybabe 22-7-2023 02:00 PM
mogok lapar sampai mampus kebulur lagi elok..
kurang sikit manusia bodoh kat malaysia ni..
bell tu satu malaysia kot bersatu undi dia..
syahmi tu ssjkp je la..
Quote Lagubestbest 22-7-2023 02:01 PM
Syahmi opportunist sgt.. tak nampak genuine kelakar dah.
Quote antikorok 22-7-2023 02:08 PM
Cehhh. Nak banding yg dah 37 tahun bertapak dlm donia seni dgn yg baru setahun putik jagong tetibah viral. Try harder lagik dekkkkk! Ko nak mogok lapor hengat kami pedulik? Retis pojaan ko tetap aman2 jah yg ko pulek fanatik namampos seksa dirik mogok lapo. Kosser!
Quote asudau 22-7-2023 02:11 PM
Siapa yg nak mogok lapar demi retis tu acik nak ucapkan " ko memang bodo dik"
Quote Zack8hunter 22-7-2023 02:14 PM
Syahmi who??
Quote nipskacang 22-7-2023 02:16 PM
Incomparable kot syahmi dgn bell tu. Syahmi tu buat apa je? X nampak ade sumbangan pd industri pon. Selain movie yg guna kan oku utk buat lawak , tu pon bukan dia yg buat lawak pon. Laki bini kuat sentap lol
Quote grouper 22-7-2023 02:18 PM
Aku rasa ni reverse psychology nak bagi org marah kat bdk syahmi tu..mesti haters syahmi yg buat benda ni x pun ni antara cara marketing...sbb beza mcm langit ngan bumi kot dua org ni
Quote rykall 22-7-2023 02:19 PM
Nak mogok lapar? Silakan, kurang sikit rakyat Malaysia yang tak berkualiti.
ABP ni yang pilih kan pembaca, dah orang tak suka takkan nak paksa2 orang lain pilih pilihan kau.
Makin pelik2 generasi sunat laser ni.
Quote AbukRokok 22-7-2023 02:47 PM
belantan troll
Quote asfaz 22-7-2023 03:16 PM
lantak kau la nak mogok lapar. Perut korang
Quote sharlenetexas 22-7-2023 03:19 PM
Bukan dapat hadiah kereta pun. Setakat goodie bag kenduri je pun.


Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.139719 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top