Pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Sophia Albarakbah berjaya merangkul trofi bagi kategori Aktres Filem Popular di pentas berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35 malam tadi.
Sophia yang membintangi filem ‘Ada Hantu’ yang ditayangkan pada 2021 disusuli ‘Jerangkung Dalam Almari’ pada tahun lalu, menewaskan finalis lain iaitu Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahiruddin. "Saya tidak menjangkakan semua ini. Saya mahu berterima kasih kepada BH, keluarga dan semua peminat yang sentiasa menyokong saya. Saya masih tak percaya saya diumumkan pemenang," katanya. Ketika ditemui OhBulan!, Sophia memberitahu ini merupakan anugerah pertama yang diraihnya sepanjang empat tahun bergelar anak seni. Ujarnya lagi, kemenangan ini sedikit sebanyak membuatkan dirinya semakin bersemangat untuk berkarya. "Saya nak berlakon lagi dalam banyak filem dan berikan yang terbaik buat penonton," kata pelakon itu lagi.
Walau bagaimanapun, kemenangan pelakon berusia 30 tahun seakan tidak disenangi oleh netizen. Mereka beranggapan bahawa Sophia tidak layak memenangi gelaran Aktres Filem Popular jika dibandingkan dengan nama besar seperti Maya Karin dan Diana Danielle yang jauh lebih lama dalam industri lakonan. Sumber: Oh Bulan |
Tudungpink replied at 22-7-2023 09:59 AM
Kategori ni selalu je cipta kontroversi.. Sebelum ni si Mawar Rashid tu menang.. Itu pun filem ke la ...
dudaberhias replied at 22-7-2023 10:01 AM
dah nama pun anugerah syok sendiri dan anugerah undi diri sendiri...
tapi sebab herlokkk kita kena ...
tulip-rain replied at 22-7-2023 10:24 AM
Si sophia ni menang sbb kontroversi bukan sbb bakat. Berape tahun dah dia berlakon, takde siape pun ...
ADVERTISEMENT