CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Pengarah Berkata Begitu Ada Dalam Tadi' - Bell Masih Ingat Dihina 'Ketot'

22-7-2023 09:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6441| Komen: 87

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri mendedahkan pernah dihina seorang pengarah terkenal yang mempertikaikan bakat lakonannya hanya kerana bertubuh pendek.

Pemilik nama sebenar, Nasrizal Ngasri, 43, berkata, dia bagaimanapun tidak pernah mengambil hati dengan kata-kata negatif seperti itu sebaliknya menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya.



"Sepanjang hidup saya sebagai artis, saya banyak melalui pahit manis. Pernah ada yang berkata kepada saya, 'Macam ni ke jadi artis, badan ketot macam kau ni?'

"Demi Allah, ini memang betul terjadi. Pengarah berkata begitu ada dalam (panggung) tadi. Kalau awak yang kena macam mana? Sudah tentu ia akan melunturkan semangat diri.

"Tetapi, Alhamdulillah, ini adalah satu bukti kepada mereka yang pernah buat begitu pada saya," katanya sambil menunjukkan trofi kemenangannya pada sidang media sebaik sahaja malam kemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya berakhir.


Meskipun pernah diaibkan dengan penghinaan seperti itu namun situasi itu tidak pernah membuatkannya putus asa hingga mahu mengundurkan diri dari dunia seni.

Malah, anak kepada pasangan penyiar dan pelakon, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini tiada sekelumit pun perasaan dengki dalam hati terhadap artis lain yang mengalami nasib lebih cerah berbanding dirinya.



"Walaupun orang pernah buat tak peduli kepada saya, tetapi saya tetap suka nak bantu untuk naikkan orang lain.

"Kalau nak ada perasaan dengki sejak dulu lagi saya boleh nak dengki dengan orang. Tetapi, saya bersyukur tiada sedikit pun perasaan dengki dalam diri.

"Saya lagi seronok sokong kawan-kawan saya lain seperti Zizan Razak, Johan dan Achey. Alhamdulillah, sekarang ini mereka juga menyokong saya.

"Mungkin disebabkan saya tak pernah nak berdengki dengan orang, Allah berikan saya rakan-rakan yang membantu menaikkan saya," katanya. 

Terdahulu, selain diangkat sebagai Bintang Paling Popular, Bell turut mengungguli kategori Artis Komedi Terbaik, ABPBH 35 sekali gus menewaskan nama besar seperti Zizan, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 22-7-2023 09:34 AM
Anne tu dari majlis pengumuman calon UMNO untuk  PRN ke?
Quote Natrisyia 22-7-2023 09:47 AM
codenamedream replied at 22-7-2023 09:34 AM
Anne tu dari majlis pengumuman calon UMNO untuk  PRN ke?

Yea betul… dia kan orang kuat ameno
Quote timah03 22-7-2023 09:58 AM
Ehhhhh... Ingat Anne tak ada...
Quote bambimo 22-7-2023 10:05 AM
Alhamdulillah rezeki Bell...well deserved. selain pelawak..suara Bell laris gak as voiceover iklan...semoga dmurahkan rezeki
Quote dudaberhias 22-7-2023 10:06 AM
ada eh anne ingatkan takde....

btw yang kata ketot tu siapa? heolss bukan lah retis yang jadi hero kat drama ke  apa sampai kena tinggi lampai.. jadi apa salahnya ketot... heols memang sesuai berlakon watak komedi atau pembantu je kot... watak komedi ramai je ketot2 di pelbagai negara... yihhhh...

mujur heols menang jugak anugerah lepas bertahun2 menunggu...

Quote scrocth 22-7-2023 10:06 AM
Sapa pengarah yg ckp tu? Tok sop? Erma?
Quote dudaberhias 22-7-2023 10:10 AM
scrocth replied at 22-7-2023 10:06 AM
Sapa pengarah yg ckp tu? Tok sop? Erma?

tok sop takkan guna perkataan artis kaka... jadi iols rasa macam orang lain...jap iols tengah check sape yang gigih suka ambik pelakon tinggi2..



Quote exclusive_vvip 22-7-2023 10:19 AM
mesti tunduk kemaluan jah pengarah tersebut kan..tapi tu la, Bell ni masa awal 2000an mmg x best sgt pun berlakon..buat watak lawak @ jahat pun ala2 budak terencat..I pun penah menyampah tgk dia berlakon masa time2 tu..baru dlm 10 tahun ni dia nampak menyerlah..banyak improvement la..even masa dia bercerai kejap dgn wife dia tu pun dia biasa2 je tahap dikenali tu..org kenal pun sbb mmg kenal dia berlakon dari kecik je..compare skrg,mmg beza la tahap glemer tu..that’s why dia lambat diiktiraf..
Quote Rogue98 22-7-2023 10:24 AM
Dah lah tu bell oiii....mmg kau ketot pun...
Watak kau berlakon dgn in real life pun sama jer...
Quote kucingitam 22-7-2023 11:03 AM
Bell ni kalau tak kerana arwah abg mamat, dia takde popula teruk sgt. watak barkoba pun yang org dok canang2.. walaupun sblm tu bnyk berlakon. rasanya drama sutun pun dia berlakon kan..jd budak jahat dalam sampan yang lemas tu.
Quote razzia 22-7-2023 11:54 AM
yg ni u all tak nk kecam mak si bell ke kecik2 dah di suruh nelerja




yg  ni u all tak nak kecam ke mak nya si bell ,kecik2 dah disuruh bekerja  waktu kecil,sampai sanggup
usung naik bas mini bawa botol susu ,berangkut bawa ank2 masih kecil time tu….
Quote jihyomelly 22-7-2023 12:01 PM
iols nak speku..slalu nek aida yg suka hero hensem tinggi sbb kalau x helok x fames org xnak tgk…tapi nek aida ada ke semlm?
Quote tintin22 22-7-2023 12:03 PM
exclusive_vvip replied at 22-7-2023 10:19 AM
mesti tunduk kemaluan jah pengarah tersebut kan..tapi tu la, Bell ni masa awal 2000an mmg x best sgt ...

Setuju dengan uolz
Quote Shayang 22-7-2023 12:08 PM
Dah kenapa ada yg bitter plak dia menang?
Lenkali undilaah retis kesayangan korang tu sampai lenguh jari jemari.
Quote Afie13 22-7-2023 12:10 PM
kucingitam replied at 22-7-2023 11:03 AM
Bell ni kalau tak kerana arwah abg mamat, dia takde popula teruk sgt. watak barkoba pun yang org dok ...

I suka drama joyah yg bell berlakon jadi anak yasmin hamid n kazar. Drama tu best sbb lawak n menghiburkan dgn watak n perangai masing2
Quote dudaberhias 22-7-2023 12:12 PM
Afie13 replied at 22-7-2023 12:10 PM
I suka drama joyah yg bell berlakon jadi anak yasmin hamid n kazar. Drama tu best sbb lawak n meng ...

Yang yasmin hamid jadi kaya tu kan chuolss...
tapi drama tu memang lawak yach dulu masa kewujudan TV9 ke apa tah iols dah tak ingat... TV tu dah terkambuih...



Quote kucingitam 22-7-2023 12:14 PM
Afie13 replied at 22-7-2023 12:10 PM
I suka drama joyah yg bell berlakon jadi anak yasmin hamid n kazar. Drama tu best sbb lawak n meng ...

aah, betul. mmg kelakar. semua pelakon drama tu memang ada chemistry, so lawak dia nampak natural
Quote Afie13 22-7-2023 12:19 PM
dudaberhias replied at 22-7-2023 12:12 PM
Yang yasmin hamid jadi kaya tu kan chuolss...
tapi drama tu memang lawak yach dulu masa kewujudan  ...

Aah drama tv9 pasal jasmin hamid tokey bisnes kerepek pisang n kaya dekat kg diaorg tu mak dia kaya jadi si bell ni selalu scam mak dia best jugak lah layan buat ubat ketawa
Quote dudaberhias 22-7-2023 12:19 PM
jihyomelly replied at 22-7-2023 12:01 PM
iols nak speku..slalu nek aida yg suka hero hensem tinggi sbb kalau x helok x fames org xnak tgk…ta ...

yer kaka sheols ada semalam...
iols macam rasa 70% memang dia je ahahahahaha

sebab bell pun pernah bitter dengan statement a aida pasal hero kena hensem tu...


Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.206730 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top