Fenomena 'Barkoba'yang menjadi pencetus kempen melobi Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya, menyaksikan aktor serba boleh itu diumum mengungguli trofi utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, malam tadi.
Bell yang terdahulu meraih trofi Artis Komedi Popular menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli, merangkul trofi Bintang Paling Popular pada edisi ke-35 acara anugerah berprestij yang disiarkan secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya (IB), di sini. Kemenangan Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri mengetepikan calon lain yang sebelum ini disebut-sebut bakal membawa trofi dambaan artis seperti Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul. Trofi Bintang Paling Popular diserahkan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali kepada Bell di pentas Panggung Sari yang hinggar-bingar dengan tepukan dan sorakan penonton. Selain trofi, Bell yang terkenal dengan slogan 'yak yak yeay' daripada karakter Barkoba yang dibawanya, menerima kotak eksklusif Fellera X ABPBH 35 sumbangan penaja utama, Fellera Skin. Pengarang Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (M) Bhd merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir mengiringi Rafiq di pentas. Turut hadir menyaksikan kemenangan Bell di pentas ABPBH 35 adalah ibu dan bapanya, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar serta adiknya, Naszreen Ngasri, 40, atau Darling serta Datin Nasriah atau Anne, 38. Kemenangan pelakon filem Kaki Bakar dan Kampung Latah The Mummy ini sebagai Bintang Paling Popular menjadi lebih bermakna apabila momen manis itu turut dikongsi bersama isteri dan keluarganya yang hadir pada acara gilang gemilang itu. Bell sebelum ini tidak pernah bolos dalam senarai Top 5 ABPBH. Bell tular dalam media sosial apabila pencalonan pertama dalam kategori Artis Komedi Popular meraih perhatian peminat termasuk ahli Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Bell yang memulakan kerjaya seni sejak usia enam tahun dilahirkan dalam keluarga seni. Abangnya, Naszeli Ngasri dan dua adiknya, Darling serta Anne turut aktif sebagai pelakon. Selepas membina nama sebagai pelakon filem menerusi filem Cinta Kita pada 1995, Bell melebarkan kerjaya melawak pada 2007 apabila syarikat produksi mula memberi kepercayaan kepadanya menjayakan watak komedi. Selain itu, antara filem yang pernah dibintanginya adalah Kampung Latah The Mummy, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Bulan dan Pria Terhebat, Hero: Jangan Bikin Panas, Tanda Putera, 1957: Hati Malaya, Puteri Impian dan banyak lagi. Bell pernah meraih kejayaan sebagai Aktor Pembantu Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 1998 menerusi telefilem menyentuh hati berjudul Pa'e yang dibintangi Shaheizy Sam dan Harun Hashim. Sumber: BH Online
|
Sesuatu… replied at 21-7-2023 11:58 PM
Dia first time menang, aku pulak first time mengundi abp. Yakyakyeayyy tahniah barkoba!
Suchi replied at 22-7-2023 12:08 AM
Bell patut menang tahun 21/22 sbb masa tu bebetul dia tgh mendonia
Sbb masa tu arwah mamat masih ad ...
haruslah replied at 22-7-2023 12:02 AM
Tahniah bell
Abg nye pun berlakon dulu
Muka boleh tahan
ADVERTISEMENT