Bintang utama drama rantaian sensasi 'Melur Untuk Firdaus', Meerqeen, melenyapkan harapan Ben Amir untuk mencipta hatrik apabila merampas trofi Aktor TV Lelaki Popular sempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.
Selain Ben Amir, aktor berusia 22 tahun itu menewaskan Aedy Ashraf, Kamal Adli dan Redza Rosli. Kemenangan Meerqeen bagai dijangka, rentetan populariti drama 'Melur Untuk Firdaus' yang meraih 11 juta tontotan di Malaysia ketika ditayangkan. Malah, drama yang menggandingkan Meerqeen dan aktres jelita, Anna Jobling, mencetuskan fenomena di Asia Tenggara. Sepanjang tempoh itu, dilaporkan kira-kira 200 akaun kelab peminat di media sosial dicipta penyokong tempatan termasuk Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei dan Thailand.
Karier seni Meerqeen yang berasal dari Kuala Lumpur bermula selepas menyertai program pencarian bakat, Hero Remaja 2020 dan memenangi tempat ketiga. Sebelum menambat hati penonton dengan watak sebagai Firdaus dalam drama 'Melur Untuk Firdaus', Meeqreen membintangi drama lain seperti 'Angkara Cinta' serta filem 'Kelaster' dan 'Frontliner'. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT