CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Imran Aqil Rahsia Tarikh Nikah Sebab Bakal Isteri Nak Jadi Orang Pertama 'Share', Larang Tetamu Muat Naik Foto Dan Video Nikah

21-7-2023 09:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4074| Komen: 52

Pelakon Imran Aqil belum bersedia untuk berkongsi tarikh pernikahannya dengan Dahlia Rizal.

Pemilik nama sebenar, Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, itu menjelaskan dia menghormati keputusan Dahlia untuk tidak menghebahkan hal berkenaan kepada umum sehinggalah mereka sah bergelar suami isteri.



"Buat masa sekarang saya belum bersedia nak umum tarikh nikah. Saya kena respect permintaan Dahlia agar tidak berkongsi.

"Majlis kami nanti akan diadakan secara tertutup dan Dahlia mahu menjadi orang pertama berkongsi detik pernikahan itu. Semasa itu barulah orang tahu kami sudah berkahwin.

"Bukan itu sahaja, Dahlia juga mahu tetamu yang hadir nanti tidak memuat naik video atau gambar hari pernikahan kami," katanya.

Desas-desus perkahwinan mereka semakin dekat mula menjadi bualan ramai selepas tular foto Dahlia dipercayai untuk borang pernikahan.


Dalam pada itu, Imran turut meluahkan rasa syukur apabila peminat masih mengikuti perkembangan mereka dan sentiasa mendoakan agar perancangan hari bahagia itu berjalan lancar.


"Tak sangka masih ada yang ambil tahu tentang saya. Rasa bersyukur kerana ada yang mendoakan kami.

"Sebenarnya ada juga perasaan takut majlis tidak menjadi. Kami terlalu berfikir tentang perkahwinan ini kerana kedua ibu bapa saya dan Dahlia pernah melalui fasa perpisahan," ujarnya.

Bercakap tentang persediaan untuk bergelar suami, kata Imran dia banyak mendengar ceramah agama tentang ilmu rumah tangga.

"Sebagai persediaan bergelar suami saya masih banyak belajar dengan mendengar ceramah selain meminta nasihat daripada orang yang sudah berkahwin.

"Dahlia minta ada tempoh untuk kami berdua selepas bernikah nanti sebelum merancang ke arah memiliki cahaya mata. Dia pun masih muda dan mahu memberi fokus kepada kerjaya," jelasnya.

Untuk rekod Imran dan Dahlia bertunang pada 21 Ogos tahun lalu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 21-7-2023 09:53 PM
Yolah.
Ajet2 paling exclusive gitu
Quote kotakominami 21-7-2023 11:05 PM
Sudah nampak 'who wear the pants in this relationship'
Quote Sesuatu… 21-7-2023 11:53 PM
Saw couple of vid dalia ni lalu lalang kt ig, ekceli is she a nice and friendly person in real? Ada style mendiva sikit but that doesnt mean she’s kekwat kan
Quote cicicumel 22-7-2023 12:03 AM
Sesuatu… replied at 21-7-2023 11:53 PM
Saw couple of vid dalia ni lalu lalang kt ig, ekceli is she a nice and friendly person in real? Ada  ...

I just wonder, lawa sgt ke Dahlia ni depan2? Maklum lah, setiap kali dia upload pix selfie kt IG, berpusu2 lah perempuan duk komen dan memuji kecantikan dia...
Quote jejaka_hensem 22-7-2023 12:08 AM
Dalam gambar tu,nmpk mcm kakak dengan adik je.
Quote Nham22 22-7-2023 12:10 AM
Halamakkkkkkkk.. Very the exclusip yea... Bagussss ler x hadap tajaan mane2x..kalau 100% gune duit sendirik lantakk. Hang ler nak buat ape ponnnnnnnn
Quote insyi81 22-7-2023 12:18 AM
kisah pulaklah kita ni nk exclusive silakan..
Quote dudaberhias 22-7-2023 12:18 AM
who is yuhhhhhh... tapi theyols berdua ni nampak muda... kalau iols kata tak kenal kang kena tepek2 esteloder advanced night repair...

ok jap kaka nak buat2 kenal je lah...

oh ye dalia ni lawa chuolsss iols kenal dedua ni sebab sam2 Gen Z kan...

tak sangka nak kahwin dah ye dedua ni... iols kenal sangat theyols dua ni very2 friendly tau...
tahniah selamat melambung sampai ke syiling ye orang2 muda... orang muda ni stamina kuat...


Quote OshinDaSolja 22-7-2023 12:24 AM
dua2 iollz tak kenal.... anyway semoga berbahagia till jannah
Quote mizzmimi 22-7-2023 02:38 AM
Kene queen control ke dekkk nasiblahhh
Quote yondu 22-7-2023 03:04 AM
kdg i rs dahlia ni gedik gitu.plus mukanya mcm mamak2 sikit.i x berapa minat pmpn muka mamak
Quote September14 22-7-2023 03:11 AM
Muka sepesen je.. ni mcm awek hun haqeem muka dia
Quote KirazMevsimi 22-7-2023 04:21 AM
Kami tak kisah pun nyahhh. Kenal pun tak. Jadi la orang pertama nak upload puas puasss
Quote cmf_premierleag 22-7-2023 08:20 AM
Ko sapa dik non??? Bajet2 nk exclusive acah2 sume menggelupurrr ke tgk korang berdua kawen
Quote lattehazelnut 22-7-2023 08:45 AM
Bakal edisi kalkulator ke
Quote aechae 22-7-2023 09:17 AM
Bbnu je duk puja rsa nya
Ntah apa yg hype pn xtau lh..
Quote adelea 22-7-2023 09:24 AM
dudaberhias replied at 22-7-2023 12:18 AM
who is yuhhhhhh... tapi theyols berdua ni nampak muda... kalau iols kata tak kenal kang kena tepek2  ...

Tak yah nak perasan terplaing sgt laa kau ni …
Everytime nak komen terplg … meluat hokehhhhh …
Just watch and adapt … and accept dunia org lain tak sama ngan kau …
Quote dudaberhias 22-7-2023 09:44 AM
adelea replied at 22-7-2023 09:24 AM
Tak yah nak perasan terplaing sgt laa kau ni …
Everytime nak komen terplg … meluat hokehhhhh … ...

tak faham...sendiri tak mampu watch and adapt nak kata orang yihhh...

padahal ko pun boleh je ignore komen2 orang dalam ni mahupun yang terpaling...

Accept la dunia orang lain tak sama dengan kau nyahhh... engkau dulu kemain mengutuk si shelup2 iols rilek jer tengok komen chuolss dan accept tak semua orang boleh terima si shelup2... tiba2 plak dia yang meroyan dengan komen satu je tu yang lebih kurang orang lain dalam ni ya itu who is yuhhhh...
Quote Lula2 22-7-2023 09:48 AM
lattehazelnut replied at 22-7-2023 08:45 AM
Bakal edisi kalkulator ke

Why edisi kalkulator pulak
Bukan sorok tarikh nikah, tp nk bg bini nya yg 1st upload lepas deme nikah.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043347 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top