Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada Datin Anne Ngasri sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada Khamis
“Syukur dengan izin dan limpah kurniaNya. Semoga Allah SWT merahmati Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat. “Patik menjunjung kasih dan kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang dicintai,” tulisnya di kapsyen Instagram. Memetik laporan Bernama, turut berkenan berangkat pada istiadat tersebut ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sekadar info, jumlah keseluruhan penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan adalah sebanyak 292 penerima dan 69 daripadanya menerima Kesatria Mangku Negara (KMN) dimana salah seorangnya ialah Anne atau nama sebenar Naszriah Binti Ngasri. Turut menemani Anne ke istiadat berkenaan ialah kakaknya yang juga seorang pelakon dan penerbit iaitu Darling Ngasri.
|
Lampuled replied at 21-7-2023 07:01 PM
Menten cantik muda walaupun anak dh berderet2 ye. Brp yer umur dia ni?
watymuchaz replied at 21-7-2023 07:47 PM
39 tahun
dudaberhias replied at 21-7-2023 06:09 PM
tahniah... untung genetik family sheols semua masih nampak budak remaja lagi... tak payah penat2 nak ...
ADVERTISEMENT