CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Kutuk, Semoga Ujian Ini Menjadi Asbab Rahmat Allah Buat Keluarga," Ustazah Asma' Harun Minta Ramai-Ramai Doakan Anak Kak KM

21-7-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1997| Komen: 14

Ustazah Asma' Harun menasihati orang ramai agar menjaga adab dan mendoakan kesejahteraan Kak KM yang diuji dengan anak yang menghidap jantung berlubang.

Kata Asma', adab sesama muslim untuk mendoakan satu sama lain dan bukannya terus mengkritik ketika individu terbabit berdepan ujian getir.


Foto: IG

"Apabila ada yang meminta, maka adabnya sesama Muslim kita mendoakan.

"Semoga anakanda Kak KM akan kembali sembuh sepenuhnya, semoga ujian ini menjadi Asbab Rahmat Allah buat Kak KM sekeluarga, menjadi sebuah keluarga yang diredhai Allah SWT.

"Janganlah pula kita menuliskan kata-kata yang menambahkan kesedihan orang yang ditimpa musibah, kerana kita semua juga ada kesilapan dan aib yang disembunyikan.



"Berdoalah dalam sembunyi buat saudara kita, kerana ia adalah doa yang Mustajab dan akan didoakan kembali oleh Malaikat kepada kita," tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Asma' lagi, manusia juga tidak berhak untuk menghukum antara satu sama lain melainkan mendoakan ke arah kebaikan.

Loading FB Post...

"Hanya Allah yang Maha Menyembuhkan dan berkuasa atas sekalian MakhlukNya. Segala nikmat dunia tidak akan mampu menandingi besarnya nilai sihat yang selama ini Allah berikan secara percuma.


"Kasih sayang Allah buat hambaNya begitu jelas, dengan segala nikmat yang tidak pernah putus, walau kita semua sentiasa melakukan kesilapan, melupakan dan menjauhkan diri daripadaNya.

"Tiba masanya pula kita membalas kebaikan Allah SWT dengan mentaatiNya dan meninggalkan laranganNya. Allah sangat menantikan kepulangan kita kembali padaNya saat hidup sebelum saat mati," ujarnya.


Terdahulu, Kak KM memohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak perempuannya, Rania yang menghidap penyakit jantung berlubang. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-7-2023 04:36 PM
Ostajah penonggang artis
Quote Antifake 21-7-2023 08:00 PM
Selama ni statement KKM ni agak melampau .. itu tak diambil kira kak oii… sampai ustaz geleng kepala dengan keberaniannga. Diam sudahlah.
Quote dudaberhias 21-7-2023 09:12 PM
Kesiannya jocelyn chia sakit... patut la sheols takmau pergi sekolah sampai menjerit2 macam kena sampuk...

Quote Zazama 21-7-2023 09:37 PM
Semoga ujian ini menjadi asbab ke arah kebaikkan utk seluruh keluarga ini. Mengadulah padaNYA. Allah sebaik-baik Pendengar.
Quote Nurul8001 21-7-2023 09:40 PM
Anak yg mana? Tak follow kkkm
Quote shernazz 21-7-2023 09:40 PM
Rania ni MCM muka Pocahontas la
Quote Goodluckdontcry 21-7-2023 10:43 PM
Begitulah sifat manusia dik oiii...bila ditimpa kesusahan/kesulitan/kecelakaan...maka teringatlah kpd Yang Berkuasa...

Bila tgh gumbira dunia ini ana yg punya..bkn ahmad albab yg punya...dtgla nasihat dr sapa2 smp pakai trompet supaya dengar lah sedikit nasihat...harem nak dgr dik..lg ditulikan pendengaran yg sedia tuli adalah...

Apapun..moga adalah sinar dihujung terowong karak tuk ko anak beranak cik kak oii... ubah la sikit gaya hidup tu...all the best
Quote gekkou 21-7-2023 10:51 PM
so ustazah boleh la juga tegur2 makcik ni yang over the top
asyik2 netizen je salah
ustazah tegur kena balance juga la
Quote Kentot_Wangi 22-7-2023 01:36 AM
Bile kak km menonggeng ke, carut2kan org.. Xnak plak dy ni tegor. Nsb baik dah nikoh. Klu x, ak doa berjodohan dgn p.u terpaling tu. Hahaha..
Quote Nanadjo 22-7-2023 02:18 AM
Tiber nak tegur netizen, time orang tu buat dosa kau diam tak berkutik. Dah la setajah, semak je, pi duk kepamkan diri diam2 sana.
Quote Sazreena 25-7-2023 02:19 AM
Ko kan tak dulik apa org kata jadiiiii patutkah kata-kata ko dipedulikan netizen semua? Moralnya jgn la mendongak langit sebab kalau Allah nak tarik nikmat tu tak dan ko nak bersin pun Allah dah ambik.
Quote silampumeja 25-7-2023 02:31 AM
Maaf. Bosan sket dgn ustazah ni. Agak attention seeker ya. Bukan sekadar artis. Org politik pun dia menumpang.
Quote mehmet 25-7-2023 07:33 AM
Nerakakan netizens. Minta doa pula. Nanti bila sihat gelek sambil kecam kau dengi kau apa hal.

Quote Burong_Hantuk 25-7-2023 02:37 PM
ustazah asma ni dpt jamu free ke drpd kak KM???

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.140383 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top