Ramai netizen suka melihat kehidupan Watie Hanifah selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan penyampai radio Shuib. Mereka suka melihat keakraban Waite dengan anak-anak Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah.
Dalam perkongsian terbaru, Watie memaparkan rutin hariannya menyiapkan anak-anak ke sekolah dan mengambil alih rutin harian arwah Sarah menyediakan sarapan dan bekalan untuk mereka. Rata-rata netizen gembira melihat perubahan pada penampilan Watie yang semakin longgar selepas berkahwin.
Pun begitu, ada juga yang tertanya-tanya kenapa anak sulung Shuib, Uwais tidak menetap bersama mereka lalu mencetus sedikit perdebatan hingga ada yang salah faham dan mengaitkan dengan hukum agama. Menerusi ruang komen, segelintir netizen menjelaskan Uwais tinggal dengan datuk dan neneknya kerana cucu sulung dari arwah. - CARI
|
ADVERTISEMENT