Penyampai radio Nasional FM, DJ Sonic terkejut selepas mendapat tahu peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza atau SitiZoners menjadi tulang belakang dirinya. Calon pemenang Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) itu berkata, selama ini dia tidak menyedari individu yang bekerja keras melancarkan pasukan kempen mengundi dirinya sehingga tercalon sebagai lima penyampai radio popular.
DJ Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein, 44, berkata, dia berterima kasih kepada individu bernama @raranurhaliza yang membongkarkan rahsia sebenar. “Ya Allah, mereka di belakang saya tanpa saya tahu. Sampai sekarang saya tidak tahu siapa mereka di sebalik usaha hebat ini. Rupanya mereka ini semua adalah orang kuat Tokti, Sitizoners. “Malam ini baru saya jumpa mereka. Teruja dan sebak. Saya yakin Allah SWT telah susun dengan indah untuk saya,” luahnya.
DJ Sonic antara lima finalis terbaik bagi kategori Penyampai Radio Popular ABP yang turut bersaing dengan empat rakan penyampai lain iaitu DJ Lin dan Tyzo dari Suria FM, Johan (Hot FM) dan Haiza (Kool 101). Kemuncak ABP bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, malam ini. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT