Penampilan terbaru Rose Blackpink yang kelihatan terlalu kurus ketika mengadakan konsert jelajah dunia Born Pink di Stade De France, Paris baru-baru ini membuat peminat meluahkan kebimbangan dengan kesihatannya.
Allkpop melaporkan tulang rusuk penyanyi berkenaan jelas kelihatan setiap kali dia melakukan pergerakan memandangkan dia mengenakan baju crop top yang membuatkan bahagian perutnya terdedah. Peminat bimbang tentang kesihatan penyanyi tersebut memandangkan bentuk tubuhnya seperti menceritakan sesuatu. Kata netizen, Rose memang sentiasa nampak kurus dan cergas, tetapi kali ini dia terlalu kurus dan membimbangkan. Sebelum ini, menerusi temu bual bersama Elle Korea, Rose mengakui dia terlalu menjaga pemakanan lebih-lebih lagi pada waktu malam untuk mengelakkan perut buncit. Rose juga merupakan antara selebriti paling kurus yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter dengan berat 44 kilogram. Sumber: mStar
|
cikatilia replied at 21-7-2023 02:08 PM
duit byk2 kerja2 makan pon limit. sedih.
gideoncross replied at 21-7-2023 09:49 PM
Artis2 Kpop mmg ada darkside msing2, berat bdan dorg xboleh lebih dri 45kg. Mkan x boleh bnyk & do ...
Minyakyuyi replied at 23-7-2023 02:15 PM
Ingt si Lisa je nmpk,rose lg nmpk serupa org anorexia.
sambaldurian replied at 21-7-2023 03:42 PM
Tp muka dia nmpak ada isi, mcm x cengkung.
Mamiyan replied at 23-7-2023 10:05 AM
Bukan ke mmg kpop idol ideal kurus2 mcm ni ye? Bukan setakat rose je, tengok taeyeon tiffany dara an ...
cikatilia replied at 24-7-2023 09:28 AM
kann... aku rasa ramai aje anerox bulimic tu semua....
anony-mous replied at 27-7-2023 04:09 AM
Dasat nya knetz. X sggup jd idol . Patut la rmai yg bunuh diri ada je benda xkena. In a way, bagus ...
Mamiyan replied at 23-7-2023 10:05 AM
Bukan ke mmg kpop idol ideal kurus2 mcm ni ye? Bukan setakat rose je, tengok taeyeon tiffany dara an ...
ADVERTISEMENT