CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kontroversi Lonjakkan Nama- Puteri Sarah Akan Jadi Penyampai Trofi, Sissy Iman Bakal Bergandingan Dengan Mas Idayu

21-7-2023 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 812| Komen: 5

Bahang kehangatan malam kemuncak, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 kian dirasai.

Turut menyerikan anugerah ikonik itu adalah dengan pembabitan dua bintang sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, dan Sissy Imann, 28, yang pernah terpalit dengan kontroversi menggegarkan.


Puteri Sarah dan Sissy buat kali pertama juga diberi tanggungjawab sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak ABPBH 35 yang mengangkat tema Ekspresi Legasi Seni itu.

Bakal bergandingan bersama Janna Nick, Puteri Sarah berkata, tugasan itu bakal menjadi satu pengalaman berharga buatnya kerana berpeluang membantu menghidupkan suasana malam kemuncak ABPBH 35 menjadi lebih meriah.


"Sudah tentu saya sangat teruja apabila diberikan peluang menggalas tugas sebagai penyampai trofi. Saya juga bersyukur masih dapat memeriahkan industri seni tanah air.

"Saya berterima kasih kepada penganjur, BH kerana sudi memanggil saya. Ini juga salah satu kemahuan saya mahu menyibukkan diri dengan aktiviti seni," katanya kepada BH Online.

Pada masa sama, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkata, apa yang membuatkannya lebih teruja apabila dicalonkan dan membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Aktres TV Wanita Popular.

"Saya memang tak sangka, selain menjadi penyampai trofi, saya juga finalis bagi kategori Aktres TV Wanita Popular.



"Saya bersyukur kerana perkara ini memang tidak pernah difikirkan, apatah lagi, berada dalam kelompok lima popular. Saya anggap ini adalah rezeki sejak aktif semula dalam bidang lakonan.

"Ini juga rezeki Allah dan untuk anak-anak. Selepas ini, saya akan lebih bergiat aktif lagi.

"Walaupun saya sudah lama dalam bidang seni, tetapi selama ini, ia tidalah serancak dengan apa yang saya lakukan sekarang. Jadi, saya sangat bersyukur apabila BH dan peminat memberi peluang," katanya ditemui pada majlis pengumuman prakemuncak ABPBH 35 di The Agam, Jalan Sungai Penchala, baru-baru ini.

Sementara itu, Sissy membuat kejutan apabila bakal bergandingan bersama penyanyi senior, Mas Idayu atau mesra disapa Mummy sebagai penyampai trofi ABPBH 35, biarpun hubungan mereka pernah 'dingin' seketika.

Ini kerana, Sissy pernah menerima kritikan pedas daripada Mummy selepas gagal mempamerkan persembahan terbaik pada minggu keenam program realiti, Famili Duo musim kedua.

"Saya akan digandingkan bersama Mummy. Saya dan Mummy sudah tiada apa-apa isu sebenarnya.


"Ini adalah kemunculan kami bersama buat kali pertama, jadi kita tengok bagaimana maklum balas dan komen peminat.

"Saya tidak mahu pandang ke belakang lagi. Hubungan saya dengan Mummy baik-baik sahaja sebab selepas program realiti saya sudah berjumpa Mummy," katanya.

Pada masa sama, pelantun lagu Bebas itu berkata, dia tidak sabar menantikan malam kemuncak ABPBH 35 kerana dapat bergandingan bersama Mummy, namun apa yang dirisaukan adalah maklum balas penonton.

Foto: IG

"Sebenarnya saya teruja menantikan slot kami untuk menyampaikan trofi ABPBH 35, tetapi apa yang saya fikir adalah respon penonton.

"Penonton akan lihat saya dan Mummy bergandingan atas pentas, jadi mungkin akan ada pelbagai respon mereka," kata Sissy yang juga penyanyi wanita Malaysia pertama merakamkan album di The Abbey Road Studios, London, United Kingdom. -CARI

Sumber: Berita harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 21-7-2023 03:00 PM
rezeki sheolsss... tak rugi duk merempan pasal si sol gigi pelesu dan birah yang tergamak masak steak nak bagi gigi sol tercabut menguyah...

patutnya masak benda berkuah je untuk orang tua tak hengat dunia macam si sol tu... suruh dia melopong je terus dan tuang satu mangkuk tu dalam mulut dia...

Quote Kurex 21-7-2023 03:10 PM
Tak tau nak tengok ke tak malam ni. Dulu ye la prestige, sekarang ni hampir kepada sampah
Quote myrandapv 21-7-2023 03:17 PM
Kurex replied at 21-7-2023 03:10 PM
Tak tau nak tengok ke tak malam ni. Dulu ye la prestige, sekarang ni hampir kepada sampah

BTL2..SKG LEBIH PD sampah..dlu sgt best, sbb kna sokabor byk2..undi2..lps tu kptsn mmg suprise...yg skg ni ntah pape......nk tgk pon nti sebab bell je...lg2 ain drus pgacara..omaiiiiii..better bg la pada seri alpadat dgn alipsatar...lg best and npk la majlis tu prestige skit
Quote Kurex 21-7-2023 03:34 PM
myrandapv replied at 21-7-2023 03:17 PM
BTL2..SKG LEBIH PD sampah..dlu sgt best, sbb kna sokabor byk2..undi2..lps tu kptsn mmg suprise...y ...

Iols yakin anugerah ni akan jadi bingit, lawak yg tak menjadi, ucapan yg meleret2, lakonan sindiran gosip2 terkini. Nak tengok pun biar yg last, nak tau siapa menang artis paling popular
Quote myrandapv 21-7-2023 04:01 PM
Kurex replied at 21-7-2023 03:34 PM
Iols yakin anugerah ni akan jadi bingit, lawak yg tak menjadi, ucapan yg meleret2, lakonan sindira ...

beneren...tgu part last sapa menang..hrp2 rejeki bpihak ke bell nti..insyaAllah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.031473 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top