Bertindih dengan tarikh pengundian enam Pilihan Raya Negeri (PRN), Konsert Fantasia Bulan Salju tetap akan diteruskan di Arena Of Stars, Resorts World, Genting pada 12 Ogos depan.
Datuk Amy, 65, selaku vokali Searh menyatakan, selepas berbincang dengan penganjur, MIC Entertnment Group, pihaknya sepakat untuk meneruskan konsert skala besar terbabit seperti dijadualkan. "Bila dapat tahu tarikh pengundian PRN bertindih dengan Konsert Fantasia Bulan Salju, pihak kami berbincang secara dalaman dengan penganjur terlebih dulu sama ada untuk menunda konsert ini atau sebaliknya. "Selepas berbincang dengan memikirkan risiko jika ditunda, pihak kami putuskan untuk teruskan konsert kerana lokasi konsert juga di Genting dan membabitkan dalam kawasan di negeri Pahang," katanya kepada Harian Metro. Selain Amy, anggota Search yang turut hadir ialah Nasir Daud, Man Kidal, Hillary Ang serta pemain dram muda Naimi Daimi.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, MIC Entertainment Group, Datuk Brian Lim. Mengulas konsert itu lagi, kata Amy, banyak risiko dan kos yang perlu diambil kira jika konsert itu di tunda pada tarikh lain. "Risiko itu membabitkan dari segi hotel dan penginapan yang sudah ditempah pembeli tiket konsert terutama yang datang dari jauh atau luar Kuala Lumpur. "Ramai peminat Search yang datang untuk melancong di Genting sambil menonton konsert ini bersama keluarga,"katanya. Bagaimanapun, kata Nasir pula, peminat Search dari enam negeri yang terbabit dengan PRN diminta menunaikan tanggung jawab mereka untuk mengundi sebelum ke lokasi konsert. "Kalau mereka keluar mengundi pada awal pagi, saya percaya ia akan selesai pada sebelah tengah hari dan mereka boleh ke konsert Search di Genting selepas itu," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT