Tidak berniat menyinggun mana-mana pihak, namun pelakon Nadhir Nasar berpendapat masyarakat perlu didedahkan dengan karya seni berkualiti. Baru-baru ini, Nadhir menerusi ciapan di Twitter dengan lantang mengkritik hasil kutipan filem Vik2ria Secret yang tidak setara dengan dana besar yang diterima.
"Berat sebenarnya hendak mengulas mengenai isu ini kerana saya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Namun, saya mengambil pendekatan bersuara kerana mahu industri perfileman menjadi lebih baik. "Terpulang sekiranya ada pihak yang melihat saya sebagai 'loud' dan sebagainya kerana saya perlu membuka mulut. Lebih baik masyarakat dan penonton didedahkan dengan naskhah berkualiti yang dapat menjana minda. "Sebagai salah seorang yang bergiat dalam bidang seni, menjadi tanggungjawab saya untuk bercakap mengenai isu ini," katanya kepada Harian Metro
Terdahulu, Nadhir yang mencipta nama menerusi drama bersiri High Council meluahkan filem Vik2ria Secret yang menelan belanja yang banyak namun poster yang digunakan sebagai promosi juga kurang memberangsangkan. Menerusi perkongsian sama, Nadhir menyelitkan informasi berkenaan filem arahan AR Badul yang didakwa mendapat dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM550,000. Bagaimanapun, kutipan filem berkenaan hanya RM5,000 dengan jumlah penonton sebanyak 346 orang saja. - CARI
|
cloudnine replied at 21-7-2023 11:02 AM
Btw nadhir tak tercalon abpbh rupanya. I tak ambik port pasal award show ni ingat yang tengah hot ya ...
Themilo replied at 21-7-2023 10:59 AM
sapa la panel penilai yang luluskan geran RM500ribu untuk produk sampah macam ni.
patutnya kena audi ...
kuceeng replied at 21-7-2023 11:41 AM
rase mmg die x tercalon sbb die kat tgh2, bbnu bukan, actor dewasa senior pon bukan...die dah pern ...
kuceeng replied at 21-7-2023 11:48 AM
ckp pasal originality kereativiti ni, tgh ade isu skrg kan psl suit superhero watak baru die cite su ...
cloudnine replied at 21-7-2023 12:15 PM
Dulu memang pernah tercalon bbnu kalah dengan dini laki mek janna. Tapi yang i tanya kategori untu ...
cloudnine replied at 21-7-2023 12:18 PM
Baru je haritu puji style giler costume dia. Apo wardrobe team buat keje tak clean
Themilo replied at 21-7-2023 10:59 AM
sapa la panel penilai yang luluskan geran RM500ribu untuk produk sampah macam ni.
patutnya kena audi ...
dudaberhias replied at 21-7-2023 06:41 AM
sape lagi kaka kalau bukan pengarah yang dah kena kickout tu.... ayah toaster smeg... hujung2 mere ...
ADVERTISEMENT