CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bell Ngasri Pernah Dihina Jadi Pelakon Tak Ada Masa Depan, Terbukti Sampai Sekarang Masih Relevan

21-7-2023 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 626| Komen: 5

Perjalanan karier Bell Ngasri selama lebih 36 tahun bukanlah sesuatu yang mudah.

Tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri, 43, turut mengagumi hasil kerja keras rakan seperjuangannya.


Foto: IG

“Kita tahu siapa yang lebih popular. Kita tahu bagaimana aura rakan-rakan saya yang hebat. Tapi saya rasa apa-apa pun, saya tak impikan tawaran yang mengalahkan rakan-rakan saya.

“Sahabat-sahabat saya yang tercalon semuanya hebat. Tak kira lah Johan, Zizan Razak, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli. Saya sayang sangat pada mereka walaupun perjalan karier saya bermula tidak ada kena mengena dengan mereka pada awal tahun 1986.


“Saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi hari ini. Ia perjalanan yang lama, ada suka dan duka, bermula daripada umur 6 tahun, hanya 6 tahun sahaja hidup saya tak bekerja,” katanya seperti dipetik di XTRA.

Kongsi Bell lagi, antara liku-liku yang perlu ditempuhnya adalah cakap-cakap orang yang mempersoalkan kerjaya sebagai seorang yang bergelar anak seni.


“Perjalanan seni saya dah lebih 36 tahun, ada juga pernah berkata ‘sampai bila nak jadi pelakon? Sudahlah’. Macam-macam orang katakan seperti tiada masa depan tapi Alhamdulillah Allah kurniakan rakyat Malaysia yang sayangkan saya.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepada pengarah-pengarah yang saya pernah bekerja bersama kerana saya dapat membesar sehingga ke hari ini.



“Saya masih berada di dalam industri ini, kadang-kadang saya tekejut apabila rakan-rakan anak saya kenal saya walaupun kerana ‘Yak Yak Yeay’, itulah zaman sekarang,” kata abang kepada pelakon Darling Ngasri dan Anne Ngasri ini. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 21-7-2023 11:41 AM
X sombong..slalu menghibur bila berckp..x suka ngumpat..cukup utk org suka & relevant.
Dia ni dulu Pelajar cemerlang dpt offer masuk ipta lps spm. Tapi maknya lebih supportive suruh dia berlakon.

All the best to you Bell.
Quote I.K.A888990 21-7-2023 11:47 AM
yg popular tu sekejap je..lama2 hilang gak
si bell ni dr budak kecik smpai ke org tua semua kenal dia..mmg terhibur tgk dia berlakon
Quote dudaberhias 21-7-2023 03:02 PM
semoga maju jaya gaytohh...

asalkan bukan si kopok losong kerepot yang menang...

Quote supernaturalee 21-7-2023 03:56 PM
damn
he gave me a reason to watch this award show which used to be gah dan sgt2 dinantikan

Quote balakkampung 21-7-2023 04:01 PM
supernaturalee replied at 21-7-2023 03:56 PM
damn
he gave me a reason to watch this award show which used to be gah dan sgt2 dinantikan

sama...aku pon..hahaha dah plan nak tgk malam karang sebab Bell

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.074689 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top