KOTA BHARU: Sembilan beranak terpaksa tinggal dalam rumah terbengkalai milik orang lain di Kampung Berhala Lima di sini, malah dua dari anak keluarga ini juga tidak dapat bersekolah sejak sebulan lalu ekoran tidak mampu menyediakan wang saku.
Keadaan keluarga ini begitu daif dan mereka terpaksa menumpang di rumah itu ibarat pelarian ekoran tidak mampu menyewa kediaman lain. Ketua keluarga terbabit, Aziz Mohd. Nor, 49, hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sekitar RM 60 sehari. Manakala isterinya, Nor Azleen Ahmad Azmi, 44, tidak bekerja dan kadangkala mengambil upah menjadi tukang cuci bagi membantu keluarga. Aziz berkata, dengan pendapatan itu juga, dia terpaksa menanggung enam lagi anak berumur antara empat bulan hingga 16 tahun, manakala anak sulungnya, Fatihah Najwa Aziz, 18, yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, baru sahaja bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan harian RM60.
“Pekerjaan saya juga tidak menentu, jika ada kerja saya akan keluar ke tempat kerja, namun jika tiada, tiadalah duit belanja harian. “Jadi saya tidak mampu hendak sewa rumah dan beri belanja sekolah untuk anak sejak kebelakangan ini, sehingga kami terpaksa catu makanan harian kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya, di sini baru-baru ini. Aziz berkata, walaupun dia mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Bantuan Khas Kanak-Kanak untuk anak-anaknya sebanyak RM750, namun wang itu hanya cukup-cukup untuk belanja harian dan dia kadangkala terpaksa panaskan lauk semalam dan makan mi segera untuk mengisi perut. Menurutnya, apa yang diharapkan kini agar ada pihak yang sudi membantu meringankan beban untuk menyewa rumah dan dia dapat berpindah ke kediaman yang lebih selesa demi masa depan anak-anaknya. “Setakat ini ada pihak yang masih prihatin termasuk orang perseorangan dan pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sumbangan makanan dan barangan keperluan dapur selain jiran yang bersimpati dengan nasib kami dan meminjamkan motosikal ekoran saya tidak mempunyai kenderaan untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah. “Apapun harapan saya agar nasib keluarga saya lebih baik selepas ini dan dua anak saya yang berada di tingkatan empat dan tahun enam dapat meneruskan persekolahan seperti biasa demi masa depan mereka,” ujarnya. Kepada pihak yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh menyalurkan sumbangan di akaun Bank Islam di nombor 03111020837104 atas penama Aziz Mohd. Nor. –CARI Sumber: Utusan
|
prettyuglybabe replied at 21-7-2023 09:47 AM
rasa macam dah masuk forum kisah family ni..
tapi tengok siapa yang up, hmmm..
dalam kelas tersendir ...
asamfish replied at 21-7-2023 10:40 AM
kelantan? hmmmm...apa nak heran......bersepah yang mcm ni...
ADVERTISEMENT