Menerusi siaran langsung di TikTok, pelakon dan penyanyi, Janna Nick menangis teresak-esak kerana rasa penat 'berperang' dengan otaknya yang 'bising'. Dua tahun lalu, Janna disahkan menghidap 'bipolar disorder' namun serangan pada kali ini adalah yang paling teruk dilaluinya.
"Saya happy, tiada masalah. Saya ok, cuma saya ada masalah dengan diri sendiri. Otak saya bising sangat-sangat hari ini. Paling teruk yang pernah saya hadapi. "Saya jalani penggambaran seperti biasa, cuma setiap hari saya balik lewat. Pukul 7 pagi, 8 pagi. Ada hari saya tidur jam 2 petang jadi jadual waktu tidur saya sudah bercelaru dan tidak menentu. "Mungkin perubahan ini buatkan otak saya tak boleh terima, tapi saya tak tahu kenapa sebab saya tak pernah lalui seteruk," katanya.
Kata Janna lagi, apa yang lebih parah adalah apabila otaknya memberikan input mengerikan seperti cara-cara bagaimana membunuh seseorang. "Bila saya nak tidur, saya set phone dalam sleep mode, target nak tidur dalam enam jam tapi sepanjang tidur tu otak saya berperang dengan saya sebab dia tak nak tidur. "Dia (otak) paksa saya fikir benda yang kritikal, sepanjang saya tidur otak saya buat saya fikir macam mana saya nak bunuh orang, sorok mayat, macam mana nak lari dari polis... Saya tak suka! "Suara-suara dalam otak saya ni terlalu bising, sampai saya rasa macam shut down otak saya," katanya dalam tangisan. Katanya, situasi itu tidak selalunya seperti ini namun setiap kali dia cuba melawan dengan zikir, suara tersebut juga semakin kuat. "Saya bukan hari-hari macam ni tapi bila datang hari yang teruk tu bila istighfar, berzikir tak dapat melawan suara-suara bising yang tengah bercalap dalam otak. "Bayangkan saya berzikir tapi lagi 10 orang dalam otak pun nak bercakap juga. Suara diorang akan lagi kuat, bising sangat sampai rasa macam nak hentak kepala dekat dinding. "Penyakit bipolar yang saya alami ni sangat teruk, ubat yang saya makan tu pun effect dia tak sesuai dengan kerja saya," katanya. Dalam pada itu, Janna lega dan berharap orang ramai untuk tidak memandang remeh tentang penyakit mental. Janna turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut menonton 'live'tersebut atas tidak henti menitipkan pesanan dan doa kepadanya. Sumber: Xtra
|
AngelFreakyAF replied at 20-7-2023 10:28 PM
Janna kalo KO syg Mr.D KO Tu seek real treatment..Pg rehab mcm artis2 barat...dgr suara ni nk ke ara ...
ADVERTISEMENT