Seorang lelaki dari China nekad menyiasat isterinya selepas dia mengesyakki wanita itu menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut Li, 42, yang bekerja di wilayah Guandong, dia berkahwin dengan isterinya sejak 18 tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata berusia 16 tahun.
Baru-baru ini, Li pulang mengejut ke kediamannya sebelum menemui wanita itu sedang berdua-duaan dengan seorang remaja lelaki yang hanya memakai pakaian dalam. Thaiger melaporkan, lebih mengejutkan, remaja lelaki itu merupakan rakan sekelas kepada anak pasangan tersebut. Kisah pasangan itu turut tular di media sosial sehingga ia dihujani pelbagai reaksi netizen. Rata-rata pelayar media sosial menyelar tindakan wanita itu yang sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan rakan anaknya yang masih muda. Pada masa yang sama, ramai netizen bersimpati terhadap anak pasangan itu yang terpaksa menyaksikan perbalahan ibu bapanya dalam satu kejadian yang memalukan. -CARI
Sumber: mStar
|
Samerosie replied at 20-7-2023 12:23 PM
16 tahun tapi perut boroi dah rupa umur 30an.
Samerosie replied at 20-7-2023 08:23 PM
16 tahun tapi perut boroi dah rupa umur 30an.
Samerosie replied at 20-7-2023 08:23 PM
16 tahun tapi perut boroi dah rupa umur 30an.
Tiggybiru replied at 21-7-2023 08:32 AM
Ni pon boleh dikatakan paedo juga
ADVERTISEMENT