CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pelajar 'Sekolah Pandai' Nekad Tak Nak Tengok Media Sosial, Penat Tengok Kehidupan Bahagia Kawan-Kawan

20-7-2023 08:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3160| Komen: 66

Seorang lelaki memilih untuk menjauhkan diri daripada media sosial.

Di Twitter, lelaki itu memberikan sebab mengapa dia memilih untuk tidak aktif melayari platform Instagram (IG).

Pendedahan lelaki itu merupakan ciapan balas kepada trend yang sedang hangat serta menjadi ikutan di media sosial iaitu membandingkan pencapaian diri dengan mereka yang sebaya atau lebih muda usianya.

"Saya umur 23, masih belum ada kereta dan rumah sendiri. Saya tengok ada yang lebih muda dari saya sudah ada rumah, berkahwin dan menimang cahaya mata.

"Tapi saya tidak kisah, saya ada perjalanan hidup sendiri dan akan tempuhi segalanya satu demi satu," tulis seorang wanita yang sudah 'terjebak' dengan trend berkenaan dalam satu video di TikTok.

Berbicara lanjut, lelaki itu berkata latar belakang sekolah menjadi antara faktor menyebabkan dia berat untuk berada di media sosial khususnya Instagram.

Gambar Hiasan


"Dulu aku sekolah asrama yang dikategorikan sebagai lima teratas dalam carta di Malaysia. Batch aku ada dalam 400 lebih pelajar. Ramai yang pandai.

"Masa baru tamat sekolah, saya banyak follow kawan dekat Instagram. Masa sekolah tak boleh bawa phone, jadi tak boleh nak aktif sangat di media sosial. Tak lama selepas tu ramai kawan saya yang sambung belajar jauh.

"Ada yang sambung belajar ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand. Bila saya buka Instagram, selalu nampak update kehidupan mereka.

"Kita seronok tengok kejayaan mereka tapi dalam hati ni tiada siapa yang tahu. Untuk jaga hati, lebih baik tidak buka Instagram," kata lelaki itu meluahkan isi hatinya.

Tambahnya lagi, dia juga menginginkan kehidupan seperti mereka tetapi mungkin bukan rezekinya untuk menikmati apa yang mereka miliki.

"Tahun demi tahun, tak kan nak tengok kejayaan mereka je kan. Diri sendiri tak dapat pergi jauh macam mereka.

"Kemudian apabila dah habis belajar, ramai yang dapat kerja bagus. Mereka pun kongsikan di Instagram. Kita tumpang gembira dengan kejayaan member, tapi keseronokan untuk diri tak ada.

"Jadi untuk kebaikan, saya pilih untuk tidak aktif di Instagram supaya tak tengok kejayaan orang lain. Biar saya dengan rentak saya sendiri," ujarnya.

Menurut lelaki itu, setiap orang mempunyai hak masing-masing untuk berkongsikan kisah hidup mereka dan ia berbalik kepada diri sendiri untuk menerimanya dengan cara yang baik atau tidak.

"Bukan salah mereka la kan nak share kejayaan di media sosial. Itu hak mereka.

"Tapi apabila kita dah mula banding diri kita dengan orang lain. Kita la yang undur diri. Jangan dengki kejayaan orang lain," kata lelaki itu menutup bicara.

Di ruangan komen rata-rata warga maya bersetuju dengan perkongsian lelaki itu.

"Betul tu. Cabaran sebenar tengok member yang kita pergi surau sekali, makan dekat dewan selera sekali, study sekali lepas tu dia pula yang fly jauh. Kita pula tak tercapai apa yang diharap. Rasa tertinggal betul.

"Kalau saya pula, saya masuk Instagram dengan tujuan untuk post dan simpan memori je, lepas tu terus keluar. Saya tak akan scroll feed tengok apa orang lain tengah buat.

"Perbandingan hanya akan meranapkan kebahagiaan diri sendiri," kata sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 20-7-2023 08:21 PM
ko bukak twitter pun rmai budak2 muda suka flex kehidupan masing2.. tp humblebrag lah..
Quote SalenaGomez 20-7-2023 08:26 PM
lattehazelnut replied at 20-7-2023 08:21 PM
ko bukak twitter pun rmai budak2 muda suka flex kehidupan masing2.. tp humblebrag lah..

SG percaya yg up dlm medsos tu sume yg elok2 je. Yg x best xde org pon nak share

So live our life as what we are. Kalau rasa toksik tgk medsos kawan2, then xperlu scroll …cuma percayalah setiap org ada susah dan senang masing2
Quote antikorok 20-7-2023 08:30 PM
Edited by antikorok at 20-7-2023 08:44 PM

I feel you. Just avoid jahhh socmed tuh kalau ittew yg buat down. Persetan ibliskan kata2 toksik puaka yg duk banding2 kan orang dgn soalan2 insensitive namampos macam "Bila nak kawen?", "Bila nak beli rumah?", "Bila nak beli kereta?", "Bila nak ada anak?", "Bila nak tambah anak?" dan macam2 lagik.
Heh! Setiap orang tuh berbeza takdir memasing sebokkk jah nerakazen2 ni nak banding2kan hidop mereka macamlah pengakhiran tuh bagoss semuanya!

So, teroskan hidopmu dengan caramu asalkan ada matlamat dan capailah impianmu. Semoga maju jaya dan semoga beroleh kejayaan dan kebahagiaan yg kau inginkan

Quote Meiizu 20-7-2023 08:39 PM
Mungkin betul minda tanpa sedar kita akan rasa penat tgok life orang..
Tapi...asalkan jgn mendengki yg tak baik sudahlah yee
Quote doubleA 20-7-2023 10:54 PM
Kalau sendiri rasa socmed tu toxic, avoid la. Iols pun memilih jaga hati sendiri, baik la taktau dari tau apa2 tanpa sedar dalam hati komplen. Iols cuma guna sesetengah socmed lain utk beli barang, atau follow apa yg iols nak tengok je. So pilihan masing2. Zaman iols aktif update socmed pun dah berlalu
Quote airfilterkotor 20-7-2023 11:09 PM
Dia patut layan chatbot. Kompem hati tidak terguris.

"Chatbot buat apa arini?"
Quote cm_vungtau 20-7-2023 11:10 PM
Ko mute jela semua orang. Macam aku. Tinggal resepi takpun kpop aje dok update
Quote sharlenetexas 20-7-2023 11:12 PM
Tak payah tertipu dgn dunia tipu2.

Quote edayildiz 20-7-2023 11:22 PM
ye..thats why i memilih utk tak update apa2 dan xtgk org punya kebahagiaan..nnti sedih lakkkkkk..ye la hidup kita sendu jerr..even  i pergi travel obersi..mkn shedap shedap pun i dok post pape mcm hilang dr radar..
tp hari hari i bkk fb,ig,tiktok
tp i tgh sedih i akan update pulak kt storyyy  medsoc
Quote Belibis 20-7-2023 11:33 PM
Masalahnya cari forum pun dah ditoksidkan dengan orang gila yang membaghal setiap thread..
Quote Dwdrum 21-7-2023 05:16 AM
Perangai seperti budak...
Quote lurve82 21-7-2023 05:16 AM
Aku mmg mute semua org kecuali family dgn kwn rapat je. Socmed ni tmpt aku simpan gmbr dgn video. Xkoser nk amik tahu hal org. Semak
Quote Zack8hunter 21-7-2023 07:11 AM
ala..lekla.. baru 23 thn kot.. baru nak start mulaknn hidup lps habis belajar.. slow2 kayuh, nak laju2 sgt tu nk pi mana sgt pun
Quote Bipolajourney2 21-7-2023 07:15 AM
Belibis replied at 20-7-2023 11:33 PM
Masalahnya cari forum pun dah ditoksidkan dengan orang gila yang membaghal setiap thread..


Tidak, yang toksid tu adalah forummer dengan multinicknames pelbagai.

Baghal.
Quote BumpIQ 21-7-2023 08:24 AM
Bipolajourney2 replied at 21-7-2023 07:15 AM
Tidak, yang toksid tu adalah forummer dengan multinicknames pelbagai.

Baghal.

Bohong, yang toksid tu adalah kau yang dah kena ban hammer.Kalau tak toksid kenapa kau kena ban hammer?

Wakakakakakaka nak menipu tak pandai
Quote Tiggybiru 21-7-2023 08:33 AM
Takpe dik..boleh hidup je takde sosial media..u go dik.jaga mental health u yg lebih penting
Quote BumpIQ 21-7-2023 08:36 AM
ni mesti si @Bipolajourney2 yang hidup sadis kena halau dengan ayah dan di ceraikan dengan laki

dalam ni pulak sibuk bermultinick

Forumer yang ramai itu adalah kesemuanya diri ngkau sendiri @Bipolajourney2

1. Vokuro
2. Changa
3. Stingerjubotaik
4. HannahMuntanah
5. Laqoyah
6. Kemaruk-Taikk
7. Segala multinick Lava
8. Segala multinick stinger
Quote brownstone 21-7-2023 08:45 AM
My fate tak la worst sangat tapi terpikir gak ada few rakan2 sekolah lama yg keje biashe2 je kat kampung...camne lah diorang mnghdapi perbandingan dgn rakan2 lain? Tapi apa2 pun diorang bukan top student, so should not rasa inferior sangattt...end up aku pula yg murung sbb aku top student but kerja biashe2...hahahahah Medsos Jahanam! Apa2 pun medsos ni cuma ukuran material...kebahagiaan sebenar terletak pada intimacy, genuine kasih sayang, tanya khabar, private relationship yg sukar ditonjol atau dibuat2 / posing di medsos....itulah harta yg paling2 bernilai.
Quote pp_gurl 21-7-2023 08:53 AM
paling menyampah dgn org yg update status or share apa2 pastu tulis "simpan sini utk kenangan". Kalo nk simpan utk kenangan, kat fb ke apa ada setting utk set kita je yg nampak..kawan2 tak nampak. Dlm pada nk simpan kenangan tu mesti ada sikit rasa nk show off kan kan kan

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.090892 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top