CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Cemburu Mk K-Clique Puji Wanita Cantik Pakai Jubah Dan Abaya "Oh, Jadi Awak Suka Lah Tengok Orang Lain"

20-7-2023 08:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3965| Komen: 44

MK K-Clique mencuri perhatian selepas dirinya memuji wanita yang memakai jubah atau abaya.

Menerusi perkongsian video di TikTok, MK sedang berada di dalam kereta bersama isterinya, Siti Hajaar.


Foto: IG

MK secara spontan memaklumkan kepada pengikutnya di platform berkenaan bahawa wanita akan kelihatan lebih cantik apabila memakai abaya.

Malah, menyifatkan golongan lelaki juga lebih tertarik dan suka melihat wanita memakai busana berkenaan.



“Bagus pakai abaya guys, betul-betul saya bagitahu cantik. Saya tak tipu.

“Lelaki sebenarnya suka tengok orang pakai abaya,” katanya.

Bagaimanapun, Siti Hajaar yang mendengar kenyataan MK itu tampil memberikan respons.


“Oh, jadi awak suka lah tengok orang lain pakai abaya?"



Terkejut dengan respons isterinya itu, MK menjelaskan bahawa dia suka melihat Siti Hajaar memakai abaya sekaligus berseloroh mengingatkan supaya golongan lelaki lebih berhati-hati ketika bercakap.

“Saya suka tengok awak pakai abaya.

“Alamak, lelaki jangan salah cakap. Bahaya!

“Tapi saya nak bagitau, boleh lah slow-slow beli abaya. Tak apa pakai je…cari abaya yang cantik macam isteri saya punya abaya ni, simple je,” ujarnya.



Di ruangan komen, rata-rata pengikut MK bersetuju dengan kenyataan yang diberikan, malah sempat mengusik penyanyi itu supaya tidak tersalah cakap terutamanya ketika membuat sesi LIVE bersama peminatnya di platform berkenaan.

“Tahu takut MK… Jangan salah cakap ya!

“Jangan salah cakap MK, bahaya nanti Hajaar merajuk.

“Ingat, lelaki jangan salah cakap… bahaya. Bak kata MK.



“Betul MK cakap tu, suami saya pun suruh slow-slow beli abaya.

“Betul tu MK, saya pun suka tengok perempuan pakai abaya,” komen netizen
 
Sekadar info, MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dengan hanya sekali lafaz. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insyi81 20-7-2023 08:17 PM
so nk bgtahu apa sebenarnya?
Quote missbigrockstar 20-7-2023 08:21 PM
Tak habis2 lagi ka cerita pasal couple gigi ni. Aduhai
Quote miss_strangers 20-7-2023 08:28 PM
Dah boleh buat bod Bini retis . Dalam Tu buat benang Bini sol, Bini mk, Bini soeb
Quote dudaberhias 20-7-2023 08:35 PM
aduhai tak habis lagi ke kisah hantu gigi rhoper kelindan lori yang pernah jadi pelakon extra jadi tengkorak hidup dalam filem p ramlee...

Quote doubleA 20-7-2023 08:38 PM
Hajar ni memang tak pernah pakai baju lain ke selain abaya? Ke lepas kawen MK baru berabaya 24/7?
Quote slyfynx 20-7-2023 08:57 PM
Bijik ape ni?
Semua skrip LIVE retis kene bukak thread ke
Quote heythere123 20-7-2023 10:16 PM
@dudaberhias selain dari kelindan lori, muka heols cam orang Cambodia/Vietnam/Myanmar.

macam leluhur sana gittew
Quote dudaberhias 20-7-2023 10:27 PM
heythere123 replied at 20-7-2023 10:16 PM
@dudaberhias selain dari kelindan lori, muka heols cam orang Cambodia/Vietnam/Myanmar.

macam leluh ...

khen... macam sisa2 leluhur kerajaan funan gittuh...
entah2 suku melayu campa yang dah nak pupus dekat cambodia/vietnam tu...

dah ler gigi putih gitu macam tengkorak hidup...




Quote heythere123 20-7-2023 10:30 PM
dudaberhias replied at 20-7-2023 10:27 PM
khen... macam sisa2 leluhur kerajaan funan gittuh...
entah2 suku melayu campa yang dah nak pupus d ...

cuma part gigi putih tu iols respek la. Heols probably kaki smoke la kan, tapi gigi maintain yach
Quote Rogue98 20-7-2023 10:34 PM
Ish banyak cakap pulak MK ni. Nak cakap pasal abaya jer pun. Isteri kau pakai cukup lah. Tak payahlah sebok suh orang lain pakai
Quote LadyCarefree 20-7-2023 10:48 PM
heythere123 replied at 20-7-2023 09:30 PM
cuma part gigi putih tu iols respek la. Heols probably kaki smoke la kan, tapi gigi maintain yach

Biar betul chuols. Sah2 tu nampak veneer.
Quote LadyCarefree 20-7-2023 10:49 PM
Dah kenapa nak jadi Arablah pulak berabaya sana sini. I bet belakang2 sigigi suka je nengok yg seksi meksi.
Quote Skyline_84 20-7-2023 10:58 PM
Rogue98 replied at 20-7-2023 10:34 PM
Ish banyak cakap pulak MK ni. Nak cakap pasal abaya jer pun. Isteri kau pakai cukup lah. Tak payahla ...

Ntahnyer...NK buat bisnes jual abaya kot .bakalan sendu dah lepas ni sb dh kawen kan
Quote anony-mous 21-7-2023 12:06 AM
La gosip apo cenggini? Tp wife heols xsesuai pakai abaya. Nmpk gemuk pendek. Kot pregnant xtau la
Quote TerataiMelur02 21-7-2023 12:07 AM
Iols lagi rela hadap pasangan ni dari pasangan wukong
Quote zuriey 21-7-2023 12:30 AM
Ghisau jadi mcm noh nnti
Bini berabaya 24jam
Laki meliar sana sini
Quote seripahzeripah 21-7-2023 01:30 AM
Iols still tak boleh hadam dia jadi watak firman dalam cerita i love you stupid tu..dalam novel hilman tu handsome sado bagai ya..bukan mcm dia yg mcm skeleton..terus mual tekak nak tengok
Quote mawardia 21-7-2023 01:52 AM
Tak lama lg keluarlah produk abaya sendiri tu.
Pastu meniaga.
Pastu tololwers beli.
Pastu tololwers yg biforti hidup sesak.
Hujung2 merempan kerajaan salah naikkan harga barang.
Alahh alahhh.
Baidewey, abaya ni dah lama aku pakai. Sebelum popular kat Msia ni aku dah pakai lah. Skarang je jadi trend.
Quote amarakasih 21-7-2023 05:18 AM
I cannot brain driving sambil hadap phone. Aiyah, kalau ia pun berhentilah pergi tepi jalan or masuk hutan. Biar segala binatang buas join sekali

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.062094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top