CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekawan Lembu Melintas Punca Kemalangan Dua Kereta! "Saman Pemilik Lembu, Nak Ternak Banyak-Banyak Tapi Tak Reti Jaga"

20-7-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1592| Komen: 25

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menyaksikan sekumpulan lembu melintas jalan secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.


Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Kubu Gajah, Selama, Perak.



Video yang dikongsikan oleh Video Viral Malaysia di Facebook hari ini memaparkan waktu kejadian adalah pada semalam sekitar pukul 4.51 petang.

Menerusi video tersebut, kedengaran suara wanita dan kanak-kanak menangis di dalam kenderaan yang melanggar lembu-lembu berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan.



Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta mangsa untuk menuntut keadilan dengan menyaman pemilik lembu-lembu tersebut.

“Saman pemilik lembu, nak ternak banyak-banyak tapi tak reti nak jaga baik-baik, kes macam ini boleh jadi punca pemandu lain maut,” tegas Syukri.

“Kes macam ini banyak jadi dekat Malaysia, ada yang bawa maut tapi pihak berkuasa ‘hampeh’ sekali ketuk sekali buat,” kata Jejai Jack. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 20-7-2023 07:58 PM
Ya Allah.. syukur family tu selamat....ada anak kecik lagi...lembu mati lantak la..aku lebih concern pasal nyawa org ....dan sila saman kaw2 tuan lembu yg bodoh mcm lembu
Quote Lolalala 20-7-2023 07:59 PM
Oooo camtu kes langgar lembu. Memang tak jangka langsung la
Quote antikorok 20-7-2023 08:03 PM
Kesian keluarga pemilik kereta dan lemboo2 yg tak bersalah tak pasal2 jadik mangsa kebuduhan tuan lemboo yg main lepas tak tambat sampai kena langgo
Quote lattehazelnut 20-7-2023 08:05 PM
Kesian lembu
Quote rukia2 20-7-2023 08:12 PM
Melambung la lembu tu..siannya
Quote insulin 20-7-2023 08:15 PM
Laju betul lembu2 tu. Laju2 nak pi mana tu? Rumput2 kat depan tu bukan berlari2 jauh pun. Cuba le berhenti kejap bagi kereta2 lalu dulu. Tak pasal2 dah arwah.
Quote antikorok 20-7-2023 08:18 PM
Edited by antikorok at 20-7-2023 08:19 PM

Kalau motor lalu waktu tuh bayangkan teross rentas alam !
Kalau kes gini, takde sapa pong bakalan mengaku lemboo tuhh milik mereka. Tapi, kalau orang datang nak kutip lemboo mcm petugas LPT2 hari tuh kutip lemboo merayau tepi highway kemain laju datang pukol petugas2 tuh semua sebab tudoh nak curik lemboo. Puaka gaytuh!!!!

Quote TOPwind 21-7-2023 12:18 AM
jika pemilik lembu tu hitam legam atau sepet

kira lepas

kes tutup
Quote ultra78 21-7-2023 06:51 AM
Cara ternak lembu di malaysia ni masih di zaman primitif. Yang pasti pemilik lembu tu sendiri adalah lembu
Quote BumpIQ 21-7-2023 08:46 AM
Sekawan yanti sedang melintas

@Bipolajourney2
Quote rosedemon 21-7-2023 08:53 AM
cam bodooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote steven.l 21-7-2023 09:12 AM
TOPwind: jika pemilik lembu tu hitam le ...

Kenyataan racist ini. Macamlah tak ada orang melayu yang bela lembu. Siasat betul sebelum cakap sebarangan dan jangan salahkan kes itu kepada sesuatu kaum.
Quote steven.l 21-7-2023 09:23 AM
Pemilik kenderaan perlu saman penternak lembu dan minta ganti rugi yang tinggi supaya masa depan pemilik lembu akan ambil banyak perhatian dan menjaga lembu mereka dengan baik.
Quote msdummy.2018 21-7-2023 09:35 AM
Forrumer pun bnyk otak mcm lembu kat dlm nih. Dh tau org tuh gila, g layan si gila..sama level mcm lembu...hakhakhak
Quote prettyuglybabe 21-7-2023 10:08 AM
kesian lembu tu..
but tengok gaya driver pun macam tak alert..
tak slow down pun masa lalu garisan kuning sedangkan clearly ada simpang kat depan..
i yang tengok pun boleh notice simpang and ada lembu tengah lari..
ikutkan kalau dia slow down dari awal garisan kuning dan alert simpang, dia sempat brake..
ni macam takde brake langsung..
dah nampak lembu masih maintain kelajuan sampai langgar lembu..
tu pun bini dia yang macam ehhh...
Quote supernaturalee 21-7-2023 11:26 AM
"PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menyaksikan sekumpulan lembu melintas jalan secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.


Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Kubu Gajah, Selama, Perak."


huh????
Quote supernaturalee 21-7-2023 11:27 AM
msdummy.2018 replied at 21-7-2023 09:35 AM
Forrumer pun bnyk otak mcm lembu kat dlm nih. Dh tau org tuh gila, g layan si gila..sama level mcm l ...

totally totally



Quote vanillaninja 21-7-2023 12:32 PM
Sheols drive within speed limit kan. I rasa kalau sheols slow down pun sheols still tak boleh nak elak lembu2 yang nampak laju tu. Kesiannya anak2 kecik dalam kereta tu. Semoga dipermudahkan urusan.
Quote matamata 21-7-2023 12:52 PM
Nak tau sapa Tuan lembu ni senang ja...Majlis pi tangkap lembu2 yg tinggal tu...cepat ja tuan lembu sampai

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065933 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top