"Pada 16 Julai lalu, pukul 11.30 malam, ibu dikejutkan oleh pihak hospital memberitahu baby ibu yang masih kecil dan tak cukup bulan telah terjatuhkan oleh jururawat yang tak bertanggungjawab.
"Semoga ALLAH SWT permudahkan segalanya demi anak ibu yang baru membesar. Ibu tunggu kepulangan anak ibu selama dua bulan 10 hari di wad, hari-hari ibu doa supaya anak ibu cepat sihat dan membesar dengan sihatnya, tapi nurse yang cuai buat kerja, terjatuhkan anak ibu macam itu saja.
"Dah dijatuhkan tapi tak mahu munculkan diri untuk berjumpa ibu," jelasnya.
Lebih mengeruhkan keadaan, pihak hospital didakwa enggan bertanggungjawab dan seolah-olah tidak mempedulikan keadaan anaknya itu.
Malah, jururawat-jururawat yang berada di situ juga difahamkan menunjukkan reaksi seakan-akan tidak berpuas hati dengan mereka suami isteri.
"Semalam (Selasa) ibu dan papa datang melawat baby Afiq, dengan hati tidak sabar nak tahu perkembangan baby ibu, sampai sahaja di situ, doktor yang merawat anak ibu tiada di situ.
"Yang ada doktor biasa, katanya tak tahu apa-apa hal perkembangan anak ibu. Kadang-kadang doktor bagi jawapan yang tak masuk akal.
"Semua nurse di situ tengok kami suami isteri semacam saja. macam tidak ada apa-apa yang terjadi pada anak kami sedangkan nurse yang bertugas di situ yang buat anak ibu jadi tak sihat," luahnya.
Katanya, dia masih belum mendapat sebarang perkhabaran daripada pihak hospital mengenai keadaan terkini bayinya, termasuk ucapan maaf daripada jururawat tidak bertanggungjawab itu.
"Sekurangnya awak datanglah jumpa kami, kami bukan nak minta awak melutut di kaki kami, awak dah musnahkan harapan baby saya yang dah berjuang dari lahir dengan berat badan 900 gram (g), (sekarang) baru (naik) 1.52 kilogram (kg), awak dah musnahkan semua itu.
"Pihak hospital janganlah buat bodoh saja, harap saja semua pelajar tinggi tapi tidak berani ke hadapan," kongsinya tanpa mendedahkan nama hospital berkenaan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan meneliti jumlah kes aduan berhubung kecuaian pihak hospital agar dapat melakukan siasatan menyeluruh.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, setakat ini, kementerian sedang mengemas kini data bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil.
"Kita ada menerima beberapa aduan kes kecuaian pihak hospital, tetapi rasanya lebih tertumpu di media sosial.
"Pada peringkat kementerian segala aduan yang kita terima akan dibuat siasatan secara dalaman terlebih dahulu bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dibuat," katanya ketika Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Kesihatan Tahun 2023 pada Khamis.-CARI
Sumber: Majoriti