CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dibunuh Skandal Isteri, Mayat Dikerat 6 Bahagian Dan Ditanam Merata-Rata Tempat

20-7-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 395| Komen: 3

Polis menemui mayat seorang lelaki yang didakwa dibunuh oleh kekasih gelap isterinya.

India Today melaporkan, kejadian tersebut berlaku di Rajasthan Pali, India yang menyaksikan penemuan mayat lelaki dikerat enam dan ditanam di lokasi berbeza.


Menurut polis, pihaknya menemui kepala, tangan dan kaki di sebuah taman kira-kira 100 meter dari sebuah rumah.

Gambar Hiasan

Dalam pada itu, polis berkata terdapat sebatang anak pokok mangga yang ditanam oleh suspek di atas kubur mangsa.

Susulan itu, polis telah menahan suspek  yang dikenali sebagai Madanlal pada Selasa selepas bapa mangsa membuat laporan kepada pihak polis.

Berdasarkan laporan, mangsa iaitu Jogendra meninggalkan rumah pada 11 Julai lalu namun dia didapati tidak pulang. Bapanya yang dalam kerisauan mula mengesyaki Madanlal lalu bertindak menghubungi pihak polis.

"Saya percaya lebih ramai individu yang terlibat dalam pembunuhan anak saya."

Madanlal akhirnya mengaku bahawa dia telah membunuh Jogendra dan membongkarkan hubungan sulitnya bersama isteri mangsa. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 21-7-2023 12:14 AM
Mesti pokok mangga tu tumbuh merimbun dpt baja asli
Quote Tiggybiru 21-7-2023 08:42 AM
Waww simpang malaikat 44 la
Quote rosedemon 21-7-2023 08:52 AM
mati dalam kedosaan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048480 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top