CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Tak Fake, Sangat Genuine, Ramah, Akan Minta Dengan Lembut," Nuex Rosli Puji Fazura, Uqasha Dan Nelydia Pon Artis Berakhlak Tinggi

20-7-2023 06:16 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8573| Komen: 133|Original author: Saiful

Jurusolek terkenal Nuex Rosli atau mesra disapa sebagai NR mendedahkan sikap sebenar Fazura.

Katanya menerusi Live, Fazura antara selebriti yang memberi kesan kepadanya disebabkan sikapnya yang baik dan berbudi bahasa.


Foto: IG

“90 peratus artis adalah baik… Uqasha Senrose baik, semua baik. Tapi yang paling baik dan terkesan pada hati NR ialah Fazura. Sebab Fazura ini bila NR make up, dia punya keramahan, dia genuine tau.

“Dia tak fake, dia sangat genuine… apa yang you nampak dia macam, dia adalah selebriti yang mempunyai hati yang besar, selebriti yang sangat-sangat best untuk bekerja.



“Kalau dia nak minta alter sesuatu pun, macam nak tebalkan kening sikit ke apa, dia panggil NR, Nunu… ‘Nunu, cantik tapi boleh tak kalau kita nak try kening tebal sikit ke’. Dia akan cakap, minta dalam bahasa yang sangat lembut.


“Macam ‘Nunu, macam tak cukup parang saja ni, nak tak kita parang macam ini’. Macam itu tau bahasa Fazura,” dedah Nuex.


Bukan sahaja isteri kepada aktor Fattah Amin, tetapi Nuex juga memberitahu aktres Uqasha Senrose dan adiknya iaitu Nelydia Senrose juga mempunyai budi bahasa yang tinggi.

“I love Fazura… dia punya bahasa sangat tinggi. That is why NR selalu make up Fazura. Selebriti akhlak tinggi… Fazura, Uqasha, Nelydia… ini semua orang yang budi bahasa tinggi.


“Ramai artis yang budi bahasa tinggi. NR tak tahu la, maybe nama NR strong ke apa, tapi bila NR bekerjasama dengan mereka, mereka sangat baik,” ujarnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-7-2023 07:30 PM
yelah terpalingggg berakhlak tinggi
Quote Temenung 20-7-2023 08:01 PM
Gambar bwh baju putih tu nmpk mcm umi nazeera pulak
Quote dua_chzy 20-7-2023 08:09 PM
Ye la dah dulu dia kak long kawasan dah merasa buat jahat segala mala. Bila berubah, memang berubah betul.
Quote Whitney72 20-7-2023 10:49 PM
Terbaik Fazura...
Quote rbmy 21-7-2023 07:24 AM
fazura berubah utk kebaikan. sebab ada suami yg bole handle dia dan bentuk dia jadi skrg ni.
Quote balakkampung 21-7-2023 07:30 AM
Edited by balakkampung at 21-7-2023 07:32 AM

kalau ramai puji dia ramah..makna dia memang ramah betul la.selain senyuman tokti time muda dulu, senyuman fazura antara senyuman termanis yg pernah aku tengok.
Quote mamapea 21-7-2023 08:02 AM
aku pun pernah jumpa fazura sblm covid...dia mmg baik sgt2...artis yg x sombong...dia punya cantik mcm anak patung...
Quote puanbintang 21-7-2023 08:07 AM
pernah beberapa jumpa fazura, mg diakui sangat ramah orangnyapun dahla muka jenis kecik halus..lawanya lahaiiiiii
Quote rosedemon 21-7-2023 09:07 AM
puanbintang: pernah beberapa jumpa fazura, mg diakui sangat ramah orangnyapun dahla muka jenis kecik halus..lawanya lahaiiiiii


teringin nak jumpa

Quote dewi_rina 21-7-2023 09:52 AM
Iols dah bosan sebab selalu sangat dengar oranag puji kakafaz, iols nak dengar yg puji jah ada tak? Pujian dari mulut orang lain, bukan fam atau kawan2 dia..
Quote zuliana29 21-7-2023 10:16 AM
yg x berbudi bahasa, xnk share ke? ehhee
Quote petpot 21-7-2023 10:16 AM
dewi_rina replied at 21-7-2023 09:52 AM
Iols dah bosan sebab selalu sangat dengar oranag puji kakafaz, iols nak dengar yg puji jah ada tak?  ...

hahahahahah ka chuolsss.
terigin nak dgr org puji lembaga.
kahkahkah
Quote marchikobonzo 21-7-2023 10:34 AM
Fazzy masa zaman bangsar bubble & couple ngan jamaica dulu pun baik, kalau ternampak dia, kita senyum dulu, dia akan balas senyum balik..tak da nak kekwat macam retis terpaling top..
Quote Realpeople17 21-7-2023 11:39 AM
dewi_rina replied at 21-7-2023 09:52 AM
Iols dah bosan sebab selalu sangat dengar oranag puji kakafaz, iols nak dengar yg puji jah ada tak?  ...

Hahahaha! Nk tau gak. Mohon crew2 kat astro msuk sni bukak citer. Tp nnti penyembah dia counter blk kat tiktok dgn modal yg sama, bukak aib seteru. Begitulah sterusnya smpai abg jamil kwin lain
Quote Masukkeluar 21-7-2023 11:42 AM
Realpeople17 replied at 21-7-2023 11:39 AM
Hahahaha! Nk tau gak. Mohon crew2 kat astro msuk sni bukak citer. Tp nnti penyembah dia counter blk ...

benak sewel gitu la..pantang org puji faz mesti jd sewel terus buat content tiktok bukak aib faz. jenis tak bleh tgk org lebih dr idolat dia. aku pn ternanti2 jgk ada ke MUA/org production puji niqabis..kalau xde tu maknanya apa?
Quote Minami2013 21-7-2023 11:42 AM
Berakhlak tinggi kata nya
Quote Realpeople17 21-7-2023 11:50 AM
Masukkeluar replied at 21-7-2023 11:42 AM
benak sewel gitu la..pantang org puji faz mesti jd sewel terus buat content tiktok bukak aib faz.  ...

Siannn ek takde modal lain. Pusing2 itu jela dorang mmpu buat. Entah2 faz pun senyum sinis je tgk benak takde bnda lain nk counter. Idolat pun segitu je takde kmajuan yg dibanggakn. So far takde sape lg yg share citer jah trlalu baik. Yg ada trbukak citer bad experience ngan dia Da la org bukak citer puji2 faz, tgk plak faz lepak2 ngan papan atas indon. Panasssss je hati benak. Idolat juga mungkin panas
Quote missHaidiD 21-7-2023 11:51 AM
Masukkeluar replied at 21-7-2023 11:42 AM
benak sewel gitu la..pantang org puji faz mesti jd sewel terus buat content tiktok bukak aib faz.  ...


Aku pelik kan.  Sanggup benak buat dosa free buka aib faz yg lama2 dulu.   Dosa jariyah uas ckp.

Utk siapakan benak sanggup buat cmtu.  Kalau benak dpt cash ingt ada pihak nk tlg ke??

Lambertttt lg


Org puji faz tp ada sekor dua yg menggelinjang kepanasan

Lantak la org nk cite pengalaman diaorg bersama faz kan
Quote rosannazmia 21-7-2023 11:59 AM
marchikobonzo replied at 21-7-2023 10:34 AM
Fazzy masa zaman bangsar bubble & couple ngan jamaica dulu pun baik, kalau ternampak dia, kita senyu ...

Kekeke teringat jamaica..dr sini kan acik2  beri panggilan..yg carl ke apa ke lupa plak iols tu dr faz kan? Yg penting faz x lokek senyuman n juga DAH BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN..so xyah lah acik2 forom mengutuk BERIA sgt pd artis2 muda yg belum berubah..tp kalu acah2 berubah tu hmmm tp perengei mcm tu gaak , iolz no komen kalau acik2 nak berleteaq kat depa

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.122326 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top