CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Kru Hilang Kapal Kargo Karam Di Perairan Pulau Burung

20-7-2023 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 329| Komen: 2

Sembilan kru kapal kargo MV Tung Sung yang karam dan terbalik di perairan Pulau Burung di Sebuyau, hari ini dilaporkan hilang dan masih belum ditemui sehingga jam 4 petang tadi.

Menurut Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, bot peronda Maritim Malaysia, KM Kota Kinabalu sudah berada di kawasan itu untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).



MV Tung Sung karam dan terbalik berdekatan Pulau Burung di Sebuyau, hari ini. - Foto ihsan Maritim Malaysia

"Aset Maritim Malaysia lain iaitu bot Kilat turur diatur gerak ke lokasi untuk pencarian sembilan mangsa.

"Sehingga kini, masih tiada sebarang petunjuk penemuan mangsa," katanya dalam kenyataan petang ini.

Menurutnya pesawat Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia turut dikerah ke lokasi bagi mengesan kru kapal terbabit.

Difahamkan, Maritim Malaysia menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas menerima panggilan daripada pemilik kapal kargo terbabit.


"Usaha kini sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa di perairan Sebuyau," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 21-7-2023 12:15 AM
Smga dimudahkan urusan pencarian
Quote babynina30 21-7-2023 01:45 AM
Teringat 1 kes Januari lalu.
Dah jumpa ke semua kru yg tu ?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.085209 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top