CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Ada Maaf-Maaf- Farahdhiya Serius Nak Heret Individu Sunting Wajah Arwah Bapa Atas Kubur Ke Mahkamah

20-7-2023 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2332| Komen: 22

Farahdhiya tidak akan memaafkan individu yang menyunting foto Allahyarham bapanya untuk tujuan tidak baik.

Perbuatan individu berkenaan disifatkan sebagai melampau dan akan menjejaki identiti pelaku dan mendakwanya di mahkamah.




"Saya rasa kelakuan seperti ini tidak ada istilah untuk dimaafkan kerana perbuatan itu sangat tidak boleh diterima... sangat kurang ajar.

"Buat masa ini saya memang tidak berniat untuk memaafkan si pelaku. Saya hanya berharap untuk mengetahui siapa individu itu dan terus mendakwanya.

"Takkan ada sidang media untuk minta maaf nak beritahu tersalah laku atau apa pun... saya tak mahu dengar itu semua," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju ditemani penerbit Datuk A. Aida pada Khamis.

"Sebenarnya kalau cerita fasal super imposed dalam kalangan artis memang sudah biasa. Sebelum ini saya pun pernah melalui pengalaman individu memburuk-burukkan gambar saya.

"Tapi saya tidak membuat laporan polis... Namun kali ini saya rasa sudah melampau kerana membabitkan arwah ayah saya di atas kuburnya.

"Saya tidak boleh menerima perbuatan itu dan disebabkan ini saya bertindak untuk membuat laporan polis," ujarnya.

Foto: IG

Sebelum ini, Farahdhiya berkongsi dia menerima sekeping foto menerusi kiriman mesej di Instagram memperlihatkan arwah bapanya iaitu Mohd Amin Zubir di atas kubur.

Menurut Farahdhiya, dia tidak mengetahui motif individu berkenaan dan percaya perkara itu tidak dilakukan oleh orang terdekat.

Untuk rekod, bapa Farahdhiya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari 2020. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-7-2023 06:00 PM
Go go... Teruskan je saman...

Biar theyols dah tak boleh buat income untuk blog picisan murahan theyols tu..

Quote I.K.A888990 20-7-2023 06:25 PM
bagus teruskan
Quote anggeriklatifah 20-7-2023 06:44 PM
Kurang ajar cari pasal dgn arwah ayah dia syg gilaa..padahal faradhiya ninsejenis artis yg buatvhal sendiri tak sombong..
Apsal eh taknak carik pasal dgn retis sombong berlagak rse paling terpaling si neelopaak tu..
Ntah2 netizen2 yg suka carik pasal ni..fans neelopakk kot
Quote Bipolajourney2 20-7-2023 07:14 PM
Jangan lupa dan double standard. Di forum pown tak kurangnya

Screenshot_20230711-180049_Chrome.jpg

Cuma tulah, editnya tak mantap mana. Haha
Quote BumpIQ 20-7-2023 07:17 PM
Bipolajourney2 replied at 20-7-2023 07:14 PM
Jangan lupa dan double standard. Di forum pown tak kurangnya

Macam edit ni kan tak mantap langsung

Edit low class

Buat kerja cincai wakakakakakakaa

SAIZ TAK SAMA CONFIRM EDIT KAN?



ORIGINAL IOS 16 PUNYA FONT SIZE


IOS 12 TELEFON ASNAF KANTOI EDIT TAK SAMA SAIZ



Quote Rogue98 20-7-2023 07:18 PM
Macam tak sesuai letak gambar arwah bapa kat kubur tu.
Quote sukacactus 20-7-2023 07:26 PM
Bagus! Kasi ajar skit
Quote Purplehaz 20-7-2023 09:14 PM
Forum pown nak try test cuba main edit edit..test power kah
Tapi jgn edit paste gmbr luca sudah
Quote Purplehaz 20-7-2023 09:19 PM
Melampau sungguh edit paste gambar arwah camtu..mmg kurang ajar psiko gila.

Tp I mcm rasa takkan dpt cari siapa si pelaku tu. Guna fake account ..email guna org lain punya...guna pulak internet awam.
Quote exclusive_vvip 20-7-2023 10:49 PM
gambar macamana tu? I try Google tak jumpa
Quote she 21-7-2023 02:29 AM
Mana gambau nye
Macik cari2 dop jupe
Quote rbmy 21-7-2023 07:18 AM
ada ke gmbarnya ?
Quote BumpIQ 21-7-2023 08:35 AM
Bipolajourney2 replied at 20-7-2023 07:14 PM
Jangan lupa dan double standard. Di forum pown tak kurangnya

Edit pun low class macam orang takde otak edit wakakakakaka
Menggelupur ke tu di forum orang tak nak sokong orang oku sakit mental yang menggelupur buat fitnah lepastu meroyan atas kebodohan sendiri
Quote missHaidiD 21-7-2023 08:57 AM
Rogue98 replied at 20-7-2023 07:18 PM
Macam tak sesuai letak gambar arwah bapa kat kubur tu.

Mana gmbrnya cuols
Quote vanillaninja 21-7-2023 08:59 AM
Entahnya. I sampai sekarang tak tau gambar apa yang sheols maksudkan. Mohon tepek sini untuk rujukan bersama.
Quote rosedemon 21-7-2023 09:06 AM
mana gambor yg dieditnya alahaiii
Quote elzy 21-7-2023 09:23 AM
Manusia tu hantar gambar via DM terus ke Farahdhiya so melepas ler netizen nak tengok gambar apa..
Quote koko12 21-7-2023 09:39 AM
bagusss ! kasi ajar sikit orang mcm ni
Quote Rogue98 21-7-2023 10:28 AM
missHaidiD replied at 21-7-2023 08:57 AM
Mana gmbrnya cuols

Dia tak tunjuk rasanye...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040519 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top