Nak pikat suami, ikat perut suami dengan masakan yang disukainya. Ambil contoh Ira Kazar, sejak kahwin memang selalu masak. Baru-baru ini dia ada berkongsi sekeping foto menyediakan hidangan Tom Kha Gai.
Tom Kha Gai merupakan sup santan ayam yang sangat sedap dan beraroma. Selain ayam, bahan-bahan wajib yang digunakan untuk menyediakan Tom Kha Gai ialah serai, lengkuas, cili padi, cendawan dan paling utama santan yang berkrim! Rasanya pedas, masam dan berkrim. Disebabkan menu masakan isteri Syamsul Yusof itu, resepi Tom Kha Ghai tiba-tiba popular. Nah kalau nak cuba. Bahan-bahan : 300-400 gram isi ayam(dipotong kecil) Bawang merah 3-4 biji Bawang putih 4 ulas(dikatok) 5 cm lengkuas(dihiris) 6 batang cili padi merah(dihiris) 2 batang serai(dipotong serong)
1 biji tomato(dibelah 4) 200ml coconut milk/santan susu 6 helai daun limau purut(dipotong 2) Cendawan(tiram/cendawan butang/etc) 2 sudu besar jus limau@jus lemon 3 sudu besar sos ikan 1 sudu besar gula Daun ketumbar 3 Pokok (dipotong) 1-2 cawan air 1 kiub ayam Cara Penyediaan : 1. Sediakan periuk, masukkan air, serai, daun limau purut, bawang merah, bawang putih, akar ketumbar (masakkan selama 6 minit). 2. Kemudian masukkan ayam yang telah di potong kecil dan masak seketika. Kemudian masukkan tomato, cili padi, daun ketumbar. 3. Masukkan sos ikan, jus limau/lemon, kiub ayam, gula, cendawan dan masak sehingga mendidih. 4. Kemudian masukkan pula santan dan masak seketika. Tutup api dan siap untuk dihidangkan. -CARI Sumber: Gempak
|
anilanil: Menu sempena memory in Thailand...
anilanil replied at 20-7-2023 05:07 PM
Menu sempena memory in Thailand...
ADVERTISEMENT