“Perkahwinan sepatutnya tidak menggugat karier kerana bila masuk set bekerja, bukannya kita bawa laki." Pelakon Adriana Adnan bersyukur sehingga kini tiada isu didiskriminasi pihak produksi selepas berkahwin.
Menurut Adrianna, 28, stereotaip terhadap pelakon wanita yang sudah berkahwin sepatutnya tidak wujud kerana mereka masih mengekalkan profesionalisme dalam bekerja. “Alhamdullah tiada produksi tolak saya kerana saya sudah berkahwin sebab mereka tahu, cara budaya kerja saya tak berubah. “Saya harap dijauhkan daripada produksi yang stereotaip terharap wanita yang sudah berkahwin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. Selain itu, perkahwinan banyak mematangkan dirinya terutama dalam pemilihan watak dan jalan cerita yang lebih mencabar. “Perkahwinan mematangnya seseorang. Bila dah kahwin kita lebih banyak tanggungjawab dan mahu cari watak yang lebih mencabar,” tambahnya. Terdahulu, seorang pelakon perempuan mendedahkan pernah ditolak daripada berlakon dalam sebuah drama hanya dirinya sudah bergelar isteri orang. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT