Pelakon, Gambit Saifullah, 37, mengakui selesa dan gembira menjalani kehidupan solo. Katanya, soal memiliki kekasih atau berumah tangga bukan perkara yang harus dirunsingkan kerana jodoh terletak pada ketentuan Tuhan.
“Memang ramai yang bertanya, bila saya nak berumah tangga. Saya hanya mampu katakan, belum jumpa wanita yang berkenan dihati. “Bagi saya, being single is a blessing. Saya sangat selesa dengan keadaan begini, buat masa ini. Orang single tak perlu memberi penjelasan kepada sesiapa. Kita kawal sepenuhnya hidup kita. “Kita tak perlu sedih atau kesepian kerana single. Gunakan peluang ini untuk kita buat apa yang orang dah berkahwin tak boleh buat,” katanya kepada Utusan Malaysia. Namun Gambit akui, dia juga, sampai satu masa nanti, perlu berumah tangga dan berkeluarga.
|
kakikuDibibirmu replied at 18-7-2023 10:27 PM
gambit dah ada dlm x-men origin wolverine
-gambit saifullah tu natang apa?
ADVERTISEMENT