CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar Lari: Penunggang Basikal Oku Maut, Polis Giat Kesan Suspek

18-7-2023 09:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 820| Komen: 3

Tampin: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang disyaki terlibat dalam kes langgar lari hingga menyebabkan seorang penunggang basikal orang kurang upaya (OKU) maut di Jalan Kampung Ayer Gelugor, Gemencheh, pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa iaitu lelaki OKU berumur 44 tahun telah mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Gambar hiasan

Menurutnya, hasil siasatan mendapati penunggang basikal dalam perjalanan ke Kampung Ayer Gelugor dari arah Gemas melalui Jalan Gemas-Tampin secara contra flow. 

“Tiba-tiba dipercayai sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti telah terbabas ke bahu kiri jalan dari arah Tampin dan melanggar penunggang basikal dari bahagian hadapan menyebabkan penunggang basikal tercampak ke bahu jalan.


“Kenderaan tersebut tidak berhenti selepas peranggaran. Mayat penunggang basikal telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Anuwal berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 06-4431999 bagi membantu siasatan.


Sumber: Utusan

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 19-7-2023 06:46 AM
Nnti lg 2 3 ari org tu dtg serah diri la tu.
Quote chiyoasuka 30-7-2023 06:44 AM
semoga pelaku cepat ditemukan
Quote chiyoasuka 30-7-2023 06:44 AM
semoga pelaku cepat ditemukan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.097381 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top