CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Selatan, Thailand Kerjasama Rampas 72 Kg Dadah

18-7-2023 09:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 175| Komen: 1

Seoul: Agensi kastam Korea Selatan pada Selasa mendedahkan pihaknya menjalankan usaha membanteras penyeludupan dadah bersama Thailand dan merampas 72 kilogram (kg) dadah, mencukupi untuk digunakan 2.15 juta penagih.


Perkhidmatan Kastam Korea Selatan (KCS) dan rakan sejawatannya dari Thailand yang menjalankan operasi dari Mac hingga Jun, merampas 47 kg yaba, gabungan methamphetamine dan kafein, 12 kg methamphetamine, dan beberapa jenis dadah lain dalam 49 percubaan penyeludupan.

Pil yaba iaitu gabungan methamphetamine dan kafein. - Foto NSTP

Jumlah itu hampir tiga kali ganda lebih besar berbanding usaha sama pertama mereka yang dijalankan setahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Yonhap memetik KCS.

Daripada 49 kes itu, 25 dilakukan melalui kiriman antarabangsa, diikuti oleh kargo ekspres (20 kes) dan jalan udara empat, menurut agensi itu.


Penyeludupan dadah dari Thailand dan negara Asia Tenggara lain meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bilangan penyeludup yang datang dari negara sedemikian dan diberkas di Korea Selatan juga meningkat.

Kedua-dua negara mengadakan mesyuarat berhubung kes penyeludupan dadah dan bersetuju untuk menjalankan operasi ketenteraan bersama secara tetap.

Mereka juga memutuskan untuk menghantar pegawai agensi kastam Korea Selatan ke Thailand bagi meningkatkan kerjasama.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, agensi kastam berjaya merampas 213 kg dadah, menyaksikan peningkatan sebanyak 32 peratus tahun ke tahun. 


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 19-7-2023 06:47 AM
Senang btl nk dpt bekalan ke bulan kt Thai ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.032882 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top