Johor Bahru: Seorang wanita tempatan berusia 40-an rugi RM142,080 selepas menjadi mangsa jerat percintaan sindiket ‘scammer’ yang menyasarkan wanita bujang dan berkerjaya. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang bertugas di sebuah institusi pendidikan di negeri ini berkenalan dengan suspek lelaki pada penghujung Mac lalu.
Menurut beliau, suspek berkenaan menghubungi mangsa melalui aplikasi Messenger terlebih dahulu sebelum hubungan antara mereka menjadi semakin erat menerusi aplikasi WhatsApp. “Tidak lama selepas bermain cinta, suspek memaklumkan akan datang ke Malaysia bagi membuat urusan tuntutan pampasan kematian bapanya dengan sebuah syarikat di Sarawak. Suspek juga meminta bantuan kewangan daripada mangsa untuk membiayai kos penginapan dan juga bayaran kepada Bank Dunia bagi urusan pengeluaran wang sebanyak USD5.5 juta.
“Mangsa turut dijanjikan akan menerima sejumlah wang lumayan sekiranya dapat memberikan bantuan, tertarik dengan perkara itu, mangsa kemudian membuat beberapa transaksi kewangan antara 11 April hingga 12 Jun tahun ini bernilai RM142,080,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Kamarul Zaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda. Sementara itu, Kamarul Zaman memberitahu, sejak 1 Januari hingga 15 Julai lalu, polis Johor telah merekodkan sebanyak 64 kes penipuan melibatkan mangsa yang merupakan warga pendidik dengan kerugian berjumlah RM2.58 juta. Sumber: Kosmo! Online |
acikonion replied at 19-7-2023 06:47 AM
Bnyk kot crta2 psl ni tp knpa org still masuk perangkap juga. Lonely sngt ke?
primarikey replied at 19-7-2023 09:15 AM
Ujung taun lps sepupu aku kena love scamm jgk...10k..sepupu aku tu andartu umo 46 taun...nasib baik ...
kepompong replied at 19-7-2023 11:07 AM
ok noted. tq atas info
boleh register no acc ni kat website scammer
dua_chzy replied at 19-7-2023 12:10 PM
Jom jadik freelance scammer gais.
primarikey replied at 19-7-2023 01:15 AM
Ujung taun lps sepupu aku kena love scamm jgk...10k..sepupu aku tu andartu umo 46 taun...nasib baik ...
primarikey replied at 19-7-2023 12:08 PM
Cmne nk register
Sesape yg pandai tolong la registerkn no.akaun ni...supaya xde lg yg tertipu
kepompong replied at 19-7-2023 04:13 AM
tempah tiket ke neraka
(baru lepas baca kat bod gosip pasal neraka)
B40tastePosh replied at 19-7-2023 12:23 PM
Nama je Cikgu tapi bodoh.
dua_chzy replied at 19-7-2023 12:22 PM
Takpe dah tua nanti boleh tobat.
Mak aku baru nak kena scam bulan lepas. Panik2 dia bagitau ...
kepompong replied at 19-7-2023 05:19 AM
salah 1 nak tahu scammer atau tak… jgn angkat call. tapi call balik nombor tu. kalau scammer yg ...
kepompong replied at 19-7-2023 01:19 PM
salah 1 nak tahu scammer atau tak… jgn angkat call. tapi call balik nombor tu. kalau scammer yg ...
ADVERTISEMENT