CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tenaga Pengajar, Tempat Kurang Punca Uitm Hadkan Pengambilan Pelajar

18-7-2023 07:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2208| Komen: 33

Shah Alam: Kekangan tempat dan tenaga kerja tidak mencukupi menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpaksa menghadkan pengambilan pelajar meskipun ramai yang memohon melanjutkan pelajaran di universiti itu.


Naib Canselor UITM, Datuk Prof.Ts.Dr.Roziah Mohd.Janor berkata, terdapat beberapa kursus menerima permohonan sehingga mencecah lebih 10,000 termasuk program Diploma Halal seramai 14,000 orang, namun hanya 230 tempat disediakan.

Gambar hiasan

“UiTM memahami kekecewaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pengajian di UiTM di bidang-bidang tertentu. Namun, gagal disebabkan masalah kurang tenaga pengajar untuk kursus tersebut,” katanya selepas melancarkan Cincin Graduasi UiTM di sini hari ini.

Jelas beliau, ada kursus tertentu juga dihadkan kepada dua kelas sahaja seperti Diploma Muamalat yang mengambil 60 pelajar sahaja berbanding 12,000 permohonan.


“Pada bulan September, kita akan ada pengambilan untuk semester baharu dan saya cadangkan pemohon yang gagal memohon sekali lagi. UiTM pada dasarnyaingin mengambil lebih ramai pelajar, tetapi hanya 26,000 sahaja boleh ditampung berbanding keseluruhan permohonan hampir 70,000,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 19-7-2023 06:48 AM
Ye ker? Atau sbb ramai dh x berminat nk masuk uitm
Quote monreyes 19-7-2023 07:42 AM
asasi dgn ex-diploma je dah beribu2 student..
yg tu kan top priority....
kempunan lah...
Quote ultra78 19-7-2023 07:47 AM
Jika tengok trend berita,yang banyak diperkatakan adalah ramai tak mahu sambung belajar lepas spm. Tapi jika ikutkan berita ni ramai aje yg nak sambung belajar tapi tiada tempat
Quote otai_g 19-7-2023 07:50 AM
Patutnya semua u kurangkan pebgambilan. Graduate da terlalu rmi kat msia ni smpikan rmi graduate terpaksa keje bidang2 yg di bwh kelayakan. Toreh getah ada, jd guard ada. Bw grab pun ada
Quote noor2 19-7-2023 07:53 AM
Lorrrr bnyk songeh...

Yg ada sekor tu sebuk nk mansuhkan segala exam...bila dah ramai nk pohon mcm2 alasan pulak..mansuhkan la semua exam supaya ramai pohon University terus...belajar ala2 untuk seronok je kat sekolah tu...x perlu sesak pening kepala
Quote Kitty_catz 19-7-2023 08:58 AM
sudah tiba masanya MOE naikan grade boundaries mcm jaman dedulu kala, bior susah le dapat As berderet2 mcm skang ni
hat betoi2 pandai je dapat stret As tu,, boleh dibilang dgn jari kaki sama tangan

ni berpuluh2 ribu dapat stret As, tak  masuk hat 8As 1B, 7As 2B yada2
Quote zehra2 19-7-2023 09:12 AM
tp uitm byk cawangan. abis tu buat apa fasiliti byk2..
Quote rikiruj 19-7-2023 09:48 AM
Maksud dia tenaga pengajar for certain program tak cukup.. dulu takde orang nak ambik, tetiba lately ramai nak ambik kot.. zaman aku dulu program tak specific macam sekarang.. kalau IT ada comp eng, comp science dan mis… sekarang dah bercambah dan very specialized.. tu pasal nak cari tenaga pengajar makin susah..
Quote gam_gajah 19-7-2023 09:59 AM
zehra2 replied at 19-7-2023 09:12 AM
tp uitm byk cawangan. abis tu buat apa fasiliti byk2..

Byk kampus yg kolej tak cukup. Bukan senang nk duduk luar, kena ada transport bagai. Rumah sewa pun susah dpt. My fren yg anak dia kat uitm machang tgh sibuk cari rumah sewa utk anak dia skrg, nk masuk Okt ni. Hari tu kwn yg anak study kat uitm melaka pun sama
Quote ResellerMaxis 19-7-2023 10:08 AM
Lepas tu PMX tanya. Apa yang saya kurangkan untuk orang melayu bumiputera dan islam
Quote ResellerMaxis 19-7-2023 10:09 AM
noor2 replied at 19-7-2023 07:53 AM
Lorrrr bnyk songeh...

Yg ada sekor tu sebuk nk mansuhkan segala exam...bila dah ramai nk pohon mcm2 ...

Kita memang perlu jadikan sistem pelajaran yang bukan exam oriented. Kerja bukan macam school exam pun.
Quote blue_blur 19-7-2023 10:11 AM
program Diploma Halal


ini menarik , skop kerja nanti macam mana agaknya... boleh jadi consultant untuk sijil halal/etc ke apa? nak harap kan agensi tu, memang slow atau stagnant la...

muslim pulak, asal ada pekerja bertudung dalam tu tanpa sijil halal, asal no pork, asalkan muslim friendly.. dah kira halal.
Quote noor2 19-7-2023 10:12 AM
Budak2  nk cuti semester dah......aku nk suruh anak aku tu kojer sementara cuti..hah cari duit sendiri...esok2 mak apak ko mati tiba2 semua kejung..koma x tahu nk hidup mcm mana..so waktu cuti ambil peluang cari pengalaman kerja dgn org lain..merasala  susah nk cari duit..
Quote noor2 19-7-2023 10:14 AM
ResellerMaxis replied at 19-7-2023 10:09 AM
Kita memang perlu jadikan sistem pelajaran yang bukan exam oriented. Kerja bukan macam school exam ...

Cemana tu...pada aku exam yg menentukan budak tu layak,  pandai...

Yg failed semua bodoh,pemalas
Quote lurve82 19-7-2023 12:56 PM
Mmg ramai mohon. Bagus lah. Mcm course aku bukak 2 kelas je. Tp skrg yg dh jwb setuju terima 3 kelas. Bos aku dh risau. Xtau la camne. Aku ok je ajar byk kelas. Jgn suh aku masuk pengurusan balik ye. Aku rela mengajar lg
Quote ResellerMaxis 19-7-2023 04:06 PM
noor2 replied at 19-7-2023 10:14 AM
Cemana tu...pada aku exam yg menentukan budak tu layak,  pandai...

Yg failed semua bodoh,pemalas ...


Exam tu lebih pada nasib pun ada.
1. Apa uol study keluar exam
2. Uol ada masa untuk buat latih tubi dan study untuk exam
3. Uol xde gangguan sekitar yang menjejaskan tumpuan study

Dan cemerlang dalam exam xbermakna uol akan cemerlang dalam pekerjaan dan hidup juga. Sebab variable untuk study x sebanyak variable di alam pekerjaan / perniagaan.

X nafikan exam penting untuk mengukur tahap penguasaan pelajaran etc. Tapi iol setuju kita perlu move on dari exam oriented ni.

Kita perlu terapkan inovasi pada murid. Let them know Its ok to failed as long as we learn from it. The only constant in life is changes. Adapt and never give up is more important than success.

Benda benda ni xleh ditanam pada murid kalau kita terlalu exam oriented.
Quote monreyes 19-7-2023 04:43 PM
skrg ni student ramai lemah math...
maka berduyun2 lah apply course yg xde math..
padahal tempat terhad..
Quote grouper 19-7-2023 04:48 PM
Edited by grouper at 19-7-2023 04:50 PM

Sbb tu la susah nk percaya berita skang. Bukan aritu kata bdk2 x ramai sambung belajar u nk jadi influencer, content creator dan juga rider...alih2 skang smpai kena tolak puluh2 ribu bdk yg nak sambung belajar sebab tempat x cukup...mana satu yg betul yg ni
Quote shernazz 19-7-2023 04:56 PM
Yang nk masuk ramai
Yang tak.nak.belajar tu berapa ramai?
Yang calon spm ramai kan...ribu2 lemon...
Jangan.le uols igt tak ramai dah yang nak belajo...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034133 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top