CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Baik Anu Tak Digigit, Biawak Tengah 'Lepak' Dalam Mangkuk Tandas Rumah Lelaki

18-7-2023 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 510| Komen: 5

BANGKOK  –  Seorang lelaki terkejut apabila mendapati seekor biawak bersembunyi di dalam mangkuk tandas di rumahnya.

Taaiger melaporkan, Tiwa Kheawsom menyedari terdapat suatu objek di dalam lubang tandas yang digunakan selepas membuang air.


Lelaki yang tinggal di wilayah Chon Buri, Thailand itu terperanjat apabila menyedari objek berkenaan sebenarnya seekor biawak yang sedang berlingkar.

Foto: Sanook

Meskipun berkali-kali cuba mengepam tandas, reptilia itu tetap tidak bergerak daripada  kedudukannya. 

Tiwa kemudian menggunakan berus pencuci tandas untuk menyentuh biawak tersebut sebelum menutup mangkuk tandas buat seketika.

Usahanya itu berhasil apabila haiwan tersebut bergerak masuk ke dalam saluran paip lalu menghilang.

“Tidak kira walau berapa kali saya mengepam air, biawak itu tetap tidak bergerak sehingga saya akhirnya terpaksa menggunakan berus pencuci tandas dan menutup mangkuk tandas seketika.


“Biawak itu akhirnya bergerak masuk semula ke dalam saluran paip dan hilang serta-merta. Saya menganggap diri saya bertuah kerana tidak digigit. Ia pasti membawa tuah buat saya,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 18-7-2023 06:01 PM
biawak.. gigit telo dia!
Quote insulin 18-7-2023 06:21 PM
Ko patut curahkan highly concentrated chlorox dalam lubang tandas tu. Kalau setakat pam tandas biasa, memanglah biawak tu buat derkk je.
Quote CiliPadiSedap 19-7-2023 11:57 PM
Kalau ada biawak maksudnya area tu ada king cobra. Hati2 ye sebab tu makanan dia
Quote BumpIQ 20-7-2023 12:01 AM
patutnya gigit je burit @Bipolajourney2 dia pun dah lama tak rasa kena gigit katanya
Quote chiyoasuka 31-7-2023 02:12 AM
CiliPadiSedap replied at 19-7-2023 11:57 PM
Kalau ada biawak maksudnya area tu ada king cobra. Hati2 ye sebab tu makanan dia

ihh seramnya… dlu kwsan rumah saya tu byk biawak berkliaran.. besar2 biawaknya..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042437 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top